Events Calendar

Download as iCal file
Mickey Mouse dapat vaksin, sukarelawan dapat kek harijadi
Tuesday 13 July 2021, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1853
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
WhatsApp Image 2021-07-13 at 10.33.14.jpeg

Gelagat ‘Mickey Mouse’ yang hadir untuk melengkapkan dos kedua suntikan vaksin mencuri tumpuan pengunjung di PPV IPT UNIMAS kelmarin.

51306674493 4ddbc0c59d c

Mickey Mouse mendapat vaksin di PPV IPT UNIMAS

 

Individu di sebalik pakaian beragam seperti ‘Mickey Mouse’ sebenarnya adalah bekas alumni UNIMAS sendiri iaitu Mohamad Nurhassrieen Shah Mohamad Hassan, 23, berasal dari Kampung Sidang Baru.

Niat ‘Mickey Mouse’ adalah satu iaitu untuk mengembirakan dan menyaksikan senyuman para petugas dan pengunjung PPV IPT UNIMAS.

 Dia dan keluarganya merupakan penerima vaksin daripada usaha kolaboratif UNIMAS dengan Gerakan Vaksinasi Komuniti.

“ Ia sekadar untuk suka-suka dan mahu melihat orang lain tersenyum dan gembira. Jangan khuatir, vaksin tidak mendatangkan masalah sebaliknya membantu kita..” katanya.

Kehadiran ‘Mickey Mouse’ yang comel telah menarik perhatian para penerima vaksin dan secara tidak langsung menenangkan hati mereka.

Selain itu, seusai penutupan PPV IPT UNIMAS kelmarin, salah seorang petugas sukarelawan, Profesor Madya Dr. Nariman Singmamae pula dikejutkan dengan kek hari jadi oleh Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi.

Profesor Madya Dr. Nariman Singmamae yang bertugas di bilik vaksinasi 21, terkejut dengan kehadiran Naib Canselor yang membawa kek berperisa ‘ Chocolate Fudge ‘ - sebagai satu tanda penghargaan kepada usaha beliau bertugas meskipun pada hari penting dalam kehidupan

Terima kasih sekali lagi kepada semua.

#PPVIPTUNIMAS

 
Attachment(s):
 
 
Demo