Events Calendar

Download as iCal file
Program Sekampit Beras Seikhlas Hati 2021
Friday 30 April 2021, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1208
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Sekampitberas1.1.jpg

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana Program sekampit beras seikhlas hati 2021 telah berjaya mencapai melebihi matlamat sasaran 100 buah keluarga sekitar Kuching dan Kota Samarahan. Program ini merupakan program kerjasama bersama dengan pihak Jabatan Agama Islam (JAKIM, Sarawak) serta Pejabat Agama Islam Bahagian Kota Samarahan. Semoga sumbangan yang telah diberikan ini dapat memberi sinar kepada para penerima pada bulan Ramadan yang penuh dengan kemuliaan. Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan dan keampunan. Semoga sumbangan sedekah yang diberikan dapat menghapuskan segala dosa sebagaimana air memadamkan api.

Program Sekampit Beras seikhlas hati telah berjaya mengumpul sebanyak 111 paket sumbangan makanan utk diberikan kepada golongan asnaf. Kandungan bagi setiap paket sumbangan terdiri daripada beras, gula, maggie kari, tepung, biskut krim krakers, minyak, susu, kopi/teh. 

Beberapa senarai nama golongan asnaf yang telah dipilih untuk menerima sumbangan paket yang telah disediakan mengikut beberapa kawasan sekitar Kuching dan Kota Samarahan yang telah dikenalpasti. Senarai kawasan penerima sumbangan bagi program ini termasuk kawasan Kampung Tradisi, Lot Fasa 1, Lot Fasa 2, Lot Fasa 3, Kampung Pinang, Kampung Meranek, Kampung Sindang, Kampung Lidah Tanah, Kampung Bukit Panchur, Tanjung Bundung, Kampung Empila, Kampung Tanjung Tuang, Kampung Baru, Kampung Keranji, Kampung Bunga Rampai, dan kampung Batu Kitang.

Pengagihan ini telah berjaya dilaksanakan pada 29 April 2021 yang pada mulanya program pengagihan ini dijadualkan pada 21 April 2021. Penangguhan ini adalah bagi mengurangkan penularan Covid 19 yang semakin meningkat di Sarawak, di samping mematuhi arahan PKPB yang telah diumumkan oleh kerajaan Sarawak yang bermula pada 20 April sehingga 17 Mei 2021.

Pengagihan 50 paket sumbangan telah diserahkan kepada pihak JAKIM Sarawak untuk diagihkan kepada senarai penerima di sekitar Kota Samarahan. Manakala 61 paket lagi telah diserahkan secara terus kepada penerima oleh AJK Program Sekampit Beras.

Terima kasih atas kerjasama semua pihak baik secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Program Sekampit Beras Seikhlas Hati.

Ikhlas daripada,

 

Shamsiah Suhaili

Ketua Projek: Program Sekampit Beras Seikhlas Hati Ramadan 2021H

FENG Club,

Fakulti Kejuruteraan,

UNIMAS

 

Sekampitberas2.2 

 Sekampitberas3.3

 
Attachment(s):
 
 
Demo