Events Calendar

Download as iCal file
Ceramah Bersempena Isra’ Mikraj 2021 / 1442H
Tuesday 16 March 2021, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1213
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
feng_kasih2021.jpg

Feng Kasih adalah satu program anjuran Feng Club yang diadakan untuk mengeratkan kasih silaturrahim di kalangan staf Fakulti Kejuruteraan, UNIMAS.

Feng Kasih mengetengahkan tema “Menyemarakkan Cinta Feng Kasih Melalui Tauladan Islam” di mana pelbagai aktiviti akan dianjurkan bagi menyemarakkan cinta Feng Kasih ini.

Aktiviti pertama Feng Kasih adalah ceramah bersempena Isra’ Mikraj 2021 / 1442H dengan tajuk Ibrah Isra’ Mikraj: Satu Perjalanan Penyucian Hati Menuju Ilahi. Tajuk ini dipilih untuk menjelaskan ibrah di sebalik peristiwa isra’ mikraj Rasullullah SAW. Suatu peristiwa agung yang perlu diambil iktibar bagi mendidik hati untuk menjadi insan yang lebih baik melalui tauladan utama agung Islam, Baginda Rasullullah SAW di samping menjelajahi isi utama dari peristiwa isra’ mikraj ini.

Ceramah ini diadakan pada:

Tarikh: 11 Mac 2021 bersamaan 27 Rejab 1442H

Masa: 1030am – 1200pm

Platform: Atas Talian (Webex)

Ceramah dimulakan dengan bacaan doa oleh Dr Mohd Faizrizwan bin Mohd Sabri yang merupakan staf akademik Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (JKEE), Fakulti Kejuruteraan. Seterusnya sesi ceramah dimulakan dan disampaikan oleh Ustaz Mohammad Wan Mujahid bin Wan Alwi yang merupakan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam di Pusat Islam Tun Abang Salahudin, UNIMAS.

Seramai 120 orang staf UNIMAS yang hadir ke sesi ceramah ini. Sesi ceramah berakhir pada jam 1200 tengahari dan ianya diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohammad Wan Mujahid bin Wan Alwi. Alhamdulillah, sesi ceramah Feng Kasih bersempena Isra’ Mikraj ini dilaksanakan dengan jayanya.

 

feng kasih2021 2

 
Attachment(s):
 
 
Demo