Events Calendar

Download as iCal file
Bengkel Pemprosesan Sisa Daun Nanas Kepada Kertas Dan Tekstil
Thursday 20 October 2022, 08:00am - 05:00pm
Hits : 3735
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Nanas.jpg

Menjana Pendapatan Lumayan dari Hasil Sisa Daun Nanas

Pada 19 & 20 Oktober 2022 telah berlangsung “Bengkel Pemprosesan Sisa Daun Nanas kepada Kertas dan Tekstil” bertempat di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UNIMAS dibawah Dana Lestari kelolaan Pusat Kelestarian Universiti UNIMAS. Seramai 25 peserta terdiri dari pada pelajar, pensyarah dan wakil komuniti telah hadir ke bengkel tersebut. Di dalam bengkel ini, para peserta telah diajar secara teori dan praktikal pembuatan kertas dan tekstil dari sisa daun nanas. Penceramah telah didatangkan khas dari pemain industri berpengalaman dari Johor bagi menyampaikan ilmu berkaitan bengkel.

Sarawak merupakan antara negeri terbesar yang menghasilkan nanas dari segi pengeluaran dan keluasan kawasan tanaman. Namun, industri nanas merupakan industri yang banyak mengeluarkan sisa sama ada selepas penuaian ataupun pemprosesan. Sisa selepas penuaian nanas termasuk daun, jambul, tangkai, batang, dan sulur tanah. Pada kebiasaannya sisa-sisa ini mengambil masa yang agak panjang untuk reput dan diserapkan semula untuk penanaman seterusnya. Sekiranya sisa-sisa ini dibiarkan sahaja pada kawasan penanaman, ia akan menarik mahluk perosak yang memudaratkan kesihatan di samping meningkatkan kemungkinan datangnya pelbagai penyakit-penyakit berbahaya. Pada kebiasaanya peladang nanas di Sarawak akan mengambil jalan mudah dan membakar sisa ini. Malangnya, perbuatan ini menyumbang kepada pencemaran udara dan pemanasan global.

Kajian telah menunjukkan bahawa bahan sisa daun nanas adalah kaya dengan serat yang boleh diproses seterusnya untuk dijadikan kertas dan benang yang seterusnya boleh ditenun menjadi tekstil. Memandangkan terdapat kelestarian dalam proses penghasilan serat dari sisa daun nanas, bengkel ini dianjurkan bertujuan untuk melatih peserta untuk mengekstrak serat dari sisa daun nanas dan seterusnya menghasilkan produk-produk hiliran yang berpotensi menjana pendapatan lumayan. Mengikut harga pasaran semasa, harga sekeping kertas bersaiz A3 dari sisa daun nanas boleh dijual sehingga RM30 sekeping.

Selain bengkel penghasilan kertas dan tekstil, inisiatif tambahan juga telah dilakukan bagi mendigitalkan proses penghasilan kertas dan tekstil ini. Ia juga telah dihasilkan dalam bentuk video dokumentari yang akan menjadi rujukan kepada pengusaha produk unik ini pada masa akan datang.

Diharapkan usaha dari penganjuran bengkel ini dapat melahirkan lebih ramai usahawan inovatif dari warga universiti dan komuniti yang bukan mementingkan keuntungan semata-mata, tetapi juga mewujudkan kesedaran menjaga alam sekitar dan kelestarian dalam pertanian. Selain itu, diharapkan juga ia boleh membantu lebih ramai petani nanas di negeri Sarawak menjana pendapatan tambahan dari penjualan sisa daun nanas.

Nanas6 Nanas3

 

 Nanas7 Nanas2

Nanas4  Nanas5 Nanas8

Disediakan oleh: Ts. Hj. Ahmad Hadinata Fauzi, Ketua Penyelidik

 
Attachment(s):
 
 
Demo