Events Calendar

Download as iCal file
Lawatan Program GEAR UP 2022 ke Muzium Anatomi dan Patologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Tuesday 21 June 2022, 08:00am - 05:00pm
Hits : 98
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
1j.jpg

Pada 13hb Jun 2022, pihak Muzium Anatomi dan Patologi telah menerima rombongan pelawat daripada Program Gear Up 2022 anjuran MARA seramai 130 orang peserta.

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada aktiviti program tersebut iaitu Campus Tour yang bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan menyemai minat kepada para peserta terhadap bidang sains perubatan. Selain daripada itu, peserta juga mendapat ilmu kesihatan dan info mengenai penyakit serta mendapat maklumat tentang penjagaan kesihatan.

Lawatan ini telah dikendalikan oleh Juruteknologi Makmal Perubatan iaitu Cik Norhadzline Binti Harun, Puan Munirah Binti Sa’adi, Encik Joseph Niler dan Cik Ummi Syafiqah Binti Abdorahman.

Laporan disediakan oleh Puan Munirah Binti Sa’adi.Untitled

 
Attachment(s):
 
 
Demo