Events Calendar

Download as iCal file
Kunjung Hormat Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Pengurus UNIMAS (PPU) ke Pejabat Naib Canselor
Saturday 29 January 2022, 08:00am
Hits : 1149
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
WhatsApp Image 2022-01-26 at 4.04.49 PM.jpeg

26 Januari 2022 (Rabu)-Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Pengurus UNIMAS (PPU) Sesi 2021/2023 telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Naib Canselor, UNIMAS yang diketuai oleh Tuan Presiden PPU, Encik Ezalman Tambi Lee bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Rumah Universiti.Tujuan kunjungan hormat tersebut adalah untuk merapatkan jalinan antara PPU dan pihak Pengurusan UNIMAS disamping berkongsikan aspirasi persatuan dalam mendokong halatuju Universiti dalam misi meningkatkan impak sosial dan ekonomi ke atas komuniti global melalui usaha untuk mencapai kecemerlangan dalam pengajaran, penyelidikan dan penglibatan strategik. Di dalam ucapan yang disampaikan oleh YBhg Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi selaku Naib Canselor UNIMAS, beliau menyeru agar Kumpulan Pengurusan dan Professional (P&P) UNIMAS memainkan peranan dan menjalankan tangungjawab masing-masing dengan menyemai nilai-nilai teras Universiti dengan penuh Teladan, Keserakanan, Integriti, Cekal dan Ekuiti (ExCITE) agar visi Universiti untuk menjadi Universiti peneraju global untuk kelestarian masa hadapan menjadi kenyataan.

 
Attachment(s):
 
 
Demo