Events Calendar

Download as iCal file
Soft Launching Sistem Keusahawanan Syarikat Siswa UNIMAS (SSU)
Wednesday 24 November 2021, 08:00am
Hits : 2711
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
WhatsApp Image 2021-11-23 at 11.08.03 PM.jpeg

24 November 2021 (Rabu) - Tahniah kepada Pusat Keusahawanan UNIMAS (UEC) atas inisiatif membangun Sistem Keusahawanan SSU bersama dengan Pusat Pembangunan dan Perkhidmatan Teknologi Maklumat (CITDS).  Dengan wujudnya sistem keusahawanan syarikat siswa UNIMAS (SSU), sistem ini bertindak sebagai “one stop centre” kepada anda terutama sekali kepada pelajar yang baru berjinak-jinak dengan keusahawanan.

Dengan pendaftaran dalam sistem ini, bukan sahaja anda diberi lesen untuk berniaga dalam kampus, malah anda akan mendapat maklumat terkini berkaitan geran, program dan latihan keusahawanan. Bimbingan mentor juga disediakan untuk membantu anda memajukan lagi perusahaan anda sehingga ke tahap yang lebih tinggi. Ini adalah selaras dengan usaha UNIMAS mencapai matlamat melahirkan usahawan-usahawan muda di kalangan pelajar dan alumni UNIMAS.

Adalah menjadi harapan bahawa dengan adanya sistem ini, UNIMAS dapat memperkasa pembangunan keusahawanan pelajar dan komuniti  dengan  lebih  aktif dan drastik sejajar dengan Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pengajian  Tinggi  (IPT)  2021  –  2025  yang  telah  dilancarkan  oleh  pihak   Kementerian  Pengajian  Tinggi  baru-baru ini. Bersama-samalah kita menyahut cabaran untuk mentransformasi landskap keusahawanan di IPT.

Daftarlah dengan Sistem Keusahawanan SSU. Bukan sahaja untuk pelajar yang sudah mempunyai perniagaan tetapi untuk mereka yang berjinak-jinak dengan idea perniagaan. Dengan pendaftaran anda, anda membantu menyokong aspirasi  UNIMAS melahirkan usahawan-usahawan muda sejajar dengan Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Business Registration SSU for UNIMAS students is now officially launched! ?

Click to Register now:

https://entrepreneurship.ia.unimas.my

Check out UEC studentpreneurs handbook & SSU user manual for more info.

UNIMAS Entrepreneurship

REthink. REimagine. Beyond.

 
Attachment(s):
 
 
Demo