Events Calendar

Download as iCal file
Program Komuniti UNIMAS: Eugenia Oleina untuk Sekolah Menengah Kebangsaan Sacred Heart, Sibu
Tuesday 16 November 2021
Hits : 1369
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
10.jpeg
Sibu, 9 November 2021- Bahagian Jaminan Kualiti Akademik bersama UNIMAS Business School telah menganjurkan UNIMAS Community Engagement bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Sacred Heart, Sibu.  Majlis perasmian telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Encik David Teo Wu, Pengetua SMK Sacred Heart, kemudian diikuti dengan ucapan Dr.Gregory Hii, ahli lembaga Pengarah UNIMAS dan merangkap setiausaha lembaga pengurusan sekolah.
 
Upacara dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (A&A) UNIMAS, Prof.Dr Hj Ahmad Hata Rasit. Turut hadir bersama-sama dalam menjayakan program ini ialah dekan-dekan fakulti, pengarah, guru dan pelajar SMK Sacred Heart. 
 
Kemuncak acara adalah sesi penanaman pokok Eugenia Oleina sebagai simbolik program komuniti  UNIMAS bersama pihak sekolah. 
 
Sememangnya program sebegini merupakan inisiatif UNIMAS dalam mendekati masyarakat setempat. Ini juga merupakan antara usaha UNIMAS untuk berkongsi aspirasi universiti bersama masyarakat terutamanya pelajar-pelajar sekolah dan sekaligus menjadi universiti pilihan pertama di Malaysia khususnya di negeri Sarawak.
 
Attachment(s):
 
 
Demo