Events Calendar

Download as iCal file
PPV UNIMAS Beroperasi 14 Jun 2021
Tuesday 15 June 2021, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1549
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
rsz_drsim1.png

CAPTION: 

“ Bangga…” Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Yang Berhormat Datuk Seri Dr  Sim Kui Hian meluahkan rasa penghargaan dan bangga dengan penyediaan system pengurusan vaksin, laluan khas bagi lapisan masyarakat yang memerlukan dan pelan alir yang mudah difahami untuk Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang dikendalikan oleh UNIMAS. Selain itu, Dr Sim kagum dengan kebolehan UNIMAS untuk menyalurkan petugas-petugas dan sukarelawan untuk PPV UNIMAS daripada warga UNIMAS.

Dalam laman Facebook beliau menyifatkan kegigihan para petugas PPV UNIMAS telah membuktikan kerjasama padu Universiti ini dalam membantu Kerajaan memerangi jangkitan COVID-19.

Beliau juga berpuas hati dengan penyediaan kemudahan utama untuk warga emas dan OKU, jumlah tenaga sukarelawan, dan pengendalian kaunter-kaunter PPV berkenaan.

Dr Sim juga menasihati penerima vaksin yang akan menerima vaksin di PPV UNIMAS bermula 14 Jun ini supaya datang sekurang-kurangnya 30 minit sebelum proses vaksinasi bagi mengelak kesesakan.

Kelmarin, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian telah melakukan lawatan ke Dewan Bankuet, salah satu Dewan DeTAR Putra UNIMAS yang digunakan untuk lokasi PPV.

Turut menemani beliau ialah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN),  Datu Ik Pahon Joyik, Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi dan ahli-ahli Petugas Khas Pusat Pemberian Vaksin UNIMAS lain.

 
Attachment(s):
 
 
Demo