Events Calendar

Download as iCal file
Artikel "Cabaran Cari Rezeki Musim Wabak": Hasil Karya Puan Samsiah Jayos dalam Suara Sarawak
Wednesday 18 November 2020, 08:00am - 05:00pm
Hits : 231
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Cabaran zari rzeki.JPG

MUSIM wabak Covid-19 masih belum berakhir, malah negara kita dilanda gelombang ketiga. Masya-Allah, rata-rata kita dipaparkan dengan isu bantuan oleh pelbagai pihak termasuk Ikram sendiri selaku badan NGO banyak turun padang untuk membantu golongan yang terjejas teruk seperti B40. Penulis agak bersimpati. Tidak

kurang juga cabaran manusia di luar negara selain cabaran Covid-19 juga terpaksa berdepan dengan cuaca buruk seperti di Syria dan Palestin.

Golongan Yang Terkesan Teruk

Golongan yang menerima bantuan termasuk mereka yang diberhentikan kerja, peniaga hilang punca pendapatan dan juga wanita dalam kalangan ibu tunggal, fakir miskin serta anak yatim. Sebelum PKP, mereka mempunyai punca pendapatan walaupun hanya cukup makan, tetapi apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu dan sekarang sudah gelombang ketiga Covid-19 melanda Malaysia.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan, ada yang mengadu diberhentikan kerja oleh majikan dan golongan perlu bantuan untuk bangkit semula untuk meneruskan hidup.

Bergantung Kepada Allah SWT

Ramai terpaksa dibuang kerja sekarang. Majikan sudah tidak dapat menanggung kos yang sudah tidak dapat ditampung. Pasangan yang bekerja pasti menghadapi kesukaran jika kedua- dua mereka diberhentikan kerja.

Ramai yang datang menda- patkan kaunseling, menyatakan kerisauan yang tinggi kesan daripada tiada punca rezeki dise- babkan dibuang kerja. Bimbang dengan urusan memenuhi keperluan keluarga dan tuntutan sara hidup yang tinggi sekarang ini. Bagi klien yang Muslim, saya berpesan amalkan zikir al-Baari memudahkan urusan kehidupan dan rezeki, baca zikir ini seawal pagi atau sesudah subuh sebelum memulakan kehidupan seharian. Insya-Allah pertolongan Allah SWT pasti ada. Selain melakukan amalan kerohanian lain seperti perbanyakan solat hajat. Ramai yang terjejas di luar sana, dibuang kerja memilih punca rezeki dengan berniaga.

Sembilan daripada 10 hasil sumber rezeki datangnya dari- pada perniagaan. Di saat rakyat Malaysia bergelut dengan hidup berikutan pandemik Covid-19. Diperhatikan ramai golongan yang dibuang kerja berubah arah mencari rezeki dengan berniaga dan dengan izin-Nya.

Cuba Jadi Kreatif

Penularan pandemik Covid-19 yang menjejaskan pendapatan banyak pihak. Penulis tertarik akan kisah dan ingin kongsikan kepada semua cara beliau kreatif mengatasi cabaran beliaupengusaha burung puyuh mencari jalan keluar bagi memastikan perniagaan terus terselamat dan tidak menanggung kerugian. Beliau ialah Abdul Khairan Firdaus Abdul Rahim, berkata beliau mengambil keputusan menghasilkan produk serunding berasaskan haiwan ternakan itu berikutan jualan telur puyuh merudum akibat Covid-19. Ternakan burung puyuh miliknya di Kampung Tirok Gual Ipoh, dekat sini yang kini berjumlah 3,000 dapat menghasilkan sebanyak 15,000 telur sehari untuk pasaran   tempatan sebelum pendamik Covid-19.

Beliau yang mengusahakan ternakan burung puyuh sejak 2015, berkata kini secara purata 500kg serunding puyuh seminggu dapat dihasilkan dan mampu meraih hasil jualan mencecah kira-kira RM40,000 sebulan.

Beliau turut mendapat bimb- ingan keusahawanan daripada Lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan Tanah Merah, memasar- kan serunding tersebut secara runcit dan borong di pasaran tempatan dan berhasrat mengem- bangkan jualan ke luar negara.

Beliau turut memasarkannya secara dalam talian dan menggu- nakan ejen yang kini ada seramai 64 orang seluruh negara. Beliau juga mempunyai ejen jualan di Singapura. Selain itu, ada juga dilaporkan dua pramugara yang diberhenti- kan daripada syarikat penerbang- an berniaga dengan membuka spa dan Alhamdulillah berjaya meraih pendapatan dari rumah yang lumayan pulak.

Amalkan Tabiat Perkongsian Rezeki

Usaha yang amat dipuji kepada pihak sama ada pertubuh- an ataupun individu yang turun padang membantu masyarakat dan barisan hadapn di luar sana. Pelbagai bentuk sumbangan dan bantuan yang diberikan seperti edaran Kid Makanan, bantuan wang ringgit, pemulihan rumah yang rosak seperti yang dilakukan oleh pihak Ikram.

Selain itu, usaha Pertubuhan Kebajikan iReach Kasih Sabah mengambil inisiatif melaksana kutipan dana bagi memula-kan iReach Kasih Food Bank di negeri ini bagi membantu golongan terkesan akibat pandemik. Covid-19 juga sedikit sebanyak dapat meringankan beban masyarakat terutama sekarang di Sabah yang merupakan antara negeri yang terjejas teruk sejak sebulan lalu.

Hidup Perlu Diteruskan

Hidup perlu diteruskan. Jangan putus asa dan sentiasa usaha. Lihat cabaran hidup dengan positif. Yakin rezeki Tuhan ada di mana-mana. Setiap menimpa kita pasti ada hikmah di sebaliknya. Bagi golongan tidak terjejas punca rezeki semasa pandemik, bantulah rakan dan golongan masyarakat yang terjejas punca rezekinya di luar sana.

Yakin rezeki kita tidak berkurangan. Malah, Tuhan berlipat gandakan lagi selain kita beramal untuk mencari pahala bagi jaminan kehidupan kekal di akhirat kelak. Bagi golongan yang terjejas, dapatkan perkhidmatan kaunseling menangani masalah psikologi semasa tempoh berdepan dengan cabaran rezeki dalam kehidupan anda. Sebarang aduan krisis masyarakat, hubungi talian kasih 15999 yang beroperasi 24 jam untuk mendapatkan bantuan.

 
Attachment(s):
 
 
Demo