Events Calendar

Download as iCal file
PENANGGUHAN KEMASUKAN SEMUA PELAJAR PRASISWAZAH DAN SISWAZAH UNIMAS (BAHARU DAN SEMASA) SEMESTER 1 SESI 2020/2021 BAGI MENGEKANG PENULARAN WABAK COVID-19
Thursday 15 October 2020, 08:00am - 05:00pm
Hits : 362
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
rsz_1rsz_1rsz_2kenyataan_media_unimas_15102020-page-001.jpg

Kenyataan Media UNIMAS 15.10.2020 page 003

UNIMAS mengambil maklum perkembangan terkini mengenai penularan jangkitan COVID-19 berdasarkan laporan daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) serta Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Selaras dengan semua kenyataan berkenaan, Pengurusan Universiti dengan ini mengambil langkah pencegahan penularan jangkitan COVID-19 seperti berikut:-

(i) Semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran universiti dilaksanakan secara dalam talian sepanjang Semester 1, Sesi 2020/2021. Sebarang pertanyaan berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sila hubungi fakulti masing-masing.

(ii) Bagi pelajar Pra-Universiti UNIMAS, sesi khas amali Semester 2, Sesi 2020/2021 akan diadakan bermula dari 21 Disember 2020 hingga 17 Januari 2021. Manakala pengajaran dan pembelajaran Semester 2, Sesi 2020/2021 pula akan dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya.

(iii) Semua kelulusan kembali ke kampus yang telah diluluskan sebelum ini kepada pelajar semasa UNIMAS adalah DIBATALKAN.

(iv) Pengecualian untuk kembali ke kampus akan diberikan bagi pelajar yang berkeperluan seperti pelajar pascasiswazah mod penyelidikan, pelajar semester/tahun akhir, pelajar yang terlibat dengan kerja-kerja klinikal, praktikal atau yang memerlukan peralatan khusus, pelajar di bawah kategori B40 UNIMAS, pelajar dari program yang memerlukan pengiktirafan Badan Profesional dan pelajar yang tidak mempunyai akses dan persekitaran kondusif bagi melaksanakan pembelajaran dalam talian. Pelajar-pelajar yang berkeperluan untuk kembali ke kampus seperti dinyatakan perlu mengemukakan permohonan baharu.

(v) Semua kelulusan penginapan kolej kediaman sebelum ini kepada pelajar semasa Prasiswazah dan Siswazah UNIMAS juga DIBATALKAN. Pihak Pengurusan Universiti telah menetapkan hanya kriteria berikut sahaja yang akan dipertimbangkan untuk diberi penempatan di kolej kediaman:-
a. Pelajar Baharu dan Pelajar Tahun Akhir;
b. Pelajar di bawah Kategori B40 UNIMAS; dan
c. Pra Pendaftaran Kolej (berdasarkan senarai pelajar terawal mendaftar).

(vi) Semua pelajar dijangka akan kembali semula ke kampus pada Semester 2, Sesi 2020/2021 (15 Mac 2021). Sila rujuk Kalendar Akademik UNIMAS Sesi 2020/2021.

(vii) Semua pelajar UNIMAS WAJIB mendaftar masuk menggunakan aplikasi UNIMAS WeCare setiap hari bagi mengesan keberadaan pelajar ketika negara masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Pelajar disarankan agar sentiasa peka dengan arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa. Semua langkah-langkah ini dilaksanakan dengan mengambilkira keselamatan semua pelajar dan staf Universiti. Ianya juga selari dengan arahan semasa MKN, KKM, JPBNS dan KPT.
Di atas keperihatinan dan kerjasama semua pihak dalam menangani penularan pandemik COVID-19 ini, UNIMAS mengucapkan terima kasih.

Sekian, harap maklum.

Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Bin Suaidi
Naib Canselor
Universiti Malaysia Sarawak

 
Attachment(s):
 
 
Demo