Events Calendar

Download as iCal file
KENYATAAN RASMI : PENANGGUHAN UNTUK PELAJAR BALIK KE KAMPUS
Wednesday 29 July 2020, 08:00am - 05:00pm
Hits : 490
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

KENYATAAN RASMI

PENANGGUHAN UNTUK PELAJAR BALIK KE KAMPUS

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) ingin menasihatkan pelajar-pelajar yang telah diberi kelulusan untuk kembali ke kampus supaya menangguhkan perjalanan balik mereka dari tempoh 1 Ogos sehingga 14 Ogos 2020. Keputusan ini dibuat bagi memastikan keselamatan serta kebajikan pelajar terjaga berikutan situasi terkini penularan COVID-19 di Kota Samarahan dan Kuching.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak telah menetapkan bahawa warganegara Malaysia dari Semenanjung Malaysia, Sabah, dan Labuan yang tiba di negeri Sarawak akan dikuarantin. Ujian saringan akan dibuat pada hari kedua. Kos kuarantin dan pengambilan sampel akan ditanggung sendiri oleh individu kecuali bagi rakyat Sarawak yang akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan Pengajian Pra-Siswazah boleh di e-mel ke Bahagian Pengajian Pra-Siswazah di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau dengan menghubungi 082-581166 (pada waktu bekerja Isnin – Jumaat, 8.00 pagi – 5.00 petang). Manakala pertanyaan berkaitan Pengajian Siswazah boleh diajukan ke Pusat Pengajian Siswazah di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau dengan menghubungi 082-581053 (pada waktu bekerja Isnin – Jumaat, 8.00 pagi – 5.00 petang). Pelajar juga boleh menghubungi fakulti masing-masing untuk maklumat lanjut.

UNIMAS Global

29 JULAI 2020

 
Attachment(s):
 
 
Demo