Events Calendar

Download as iCal file
3,292 pelajar baharu UNIMAS angkat ikrar secara hibrid
Friday 08 October 2021, 04:00pm - 05:00pm
Hits : 1187
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
MIP 1.jpeg

MIP2MIP3

Kota Samarahan, 8 Oktober 2021 : Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah berjaya menyempurnakan Minggu Aluan Pelajar (MAP) selama tujuh hari bermula 2 sehingga 8 Oktober 2021 sepenuhnya secara atas talian dengan acara kemuncak ialah Majlis Ikrar Pelajar (MIP) yang diadakan pagi tadi.

Majlis perasmian MIP disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong bin Matjeraie dan barisan pengurusan tertinggi UNIMAS yang diadakan secara hibrid bersama-sama dengan 3292 pelajar UNIMAS baharu bagi sesi ambilan 2021/2022.

Daripada jumlah 3292 pelajar baharu tersebut, 2,222 adalah pelajar siswi manakala baki adalah pelajar siswa, dan dari keseluruhan itu juga sembilan (9) orang pelajar antarabangsa dari negara China, Indonesia dan Bangladesh. 

Majlis mengangkat ikrar telah dipimpin oleh Ahmad Danial b. Ahmat Hatta bersama-sama dengan pelajar-pelajar baharu UNIMAS.

Objektif MAP diadakan untuk mengalu-alukan pelajar-pelajar baharu serta memberi pendedahan awal tentang kehidupan sebagai siswa-siswi manakala MIP adalah majlis melafazkan janji untuk mematuhi segala Akta, Perlembagaan, Statut dan Peraturan Universiti.

 Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi memberitahu MAP dilihat sebagai pendekatan baik untuk memastikan pelajar-pelajar UNIMAS diberikan peluang untuk menempuh campus experience yang terbaik dan bermakna sebagai persiapan mereka  menghadapi dunia pekerjaan pada masa akan datang.

Manakala MIP, katanya, sebagai ikrar akuan penerimaan tanggungjawab sebagai warga Universiti yang akan berusaha untuk memenuhi harapan ibubapa dan keluarga untuk berjaya di dalam pengajian.

Jelas beliau, ikrar tersebut perlulah dilihat dan diambil dari perspektif yang positif sebagai satu dorongan dan motivasi yang memangkin aspirasi sauadara/saudari menuju kecemerlangan.

” Ikrar dan aku janji tersebut memberikan kewajipan kepada saudara/saudari untuk menampilkan sikap yang bersesuaian dan budaya yang cemerlang sebagai warga UNIMAS,” sambungnya lagi.

Sementara itu, pecahan bilangan pelajar baharu yang telah menerima tawaran untuk meneruskan pengajian peringkat ijazah pertama di UNIMAS berdasarkan pecahan fakulti adalah seperti berikut:

Fakulti Alam Bina seramai 74 orang, Fakulti Bahasa & Komunikasi (221), Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (579), Fakulti Kejuruteraan (336), Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan (213), Fakulti Seni Gunaan & Kreatif (224), Fakulti Sains Kognitif & Pembangunan Manusia (452), Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat (343), Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (469) dan Fakulti Sains & Teknologi Sumber (381).

 
Attachment(s):
 
 
Demo