Events Calendar

Download as iCal file
Kolej kediaman UNIMAS bersedia untuk terima kemasukan pelajar
Wednesday 06 October 2021, 04:00am - 05:00pm
Hits : 1700
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
pic1.jpeg

 

pic2

KOTA SAMARAHAN, 6 Oktober 2021: Semester 1, 2021/2022 akan bermula tidak lama lagi. Berbanding dengan dua semester lepas, kali ini, universiti-universiti seluruh negara telah mula menerima lebih ramai pelajar untuk kembali ke kampus.

UNIMAS juga sedang bersiap siaga untuk memastikan proses pengurusan dan kawalan pelajar yang kembali ke kampus adalah di tahap yang baik dan tersusun.

Baru-baru ini, satu sesi ‘dry run’ telah diadakan di Kolej Cempaka, salah satu kolej kediaman UNIMAS. Proses-proses pengurusan pelajar kembali ke kampus telah dijelaskan oleh Pengetua Cempaka, Encik Hafizan Hashim, kepada Penolong Naib Canselor (Kepimpinan dan Pembangunan) UNIMAS, Profesor Datu Mohd Fadzil Ab Rahman, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UNIMAS, Profesor Dr Kamarudin Kana, dan Pengarah Bahagian Keselamatan UNIMAS, Tuan Mohd Melintang Abdullah, antaranya.

Untuk semester ini, kolej-kolej kediaman UNIMAS bersedia untuk menerima kehadiran 3,500 pelajar ke kampus. Pada ketika ini, terdapat 905 pelajar yang sedang menetap di kolej-kolej kediaman UNIMAS. Pelajar-pelajar akan kembali ke kampus dalam tujuh fasa, bermula pada 2 Oktober 2021 dan dijangka berakhir pada 11 November 2021.

Untuk memastikan para pelajar Universiti ini kekal di dalam gelembung hijau, UNIMAS turut menekankan langkah-langkah penting kepada pelajar yang dibenarkan kembali ke kampus, antaranya membuat ujian saringan COVID-19 (swab test) terlebih dahulu dan mereka hanya dibenarkan tinggal di kolej-kolej kediaman UNIMAS. 

Selain itu, proses pengurusan pelajar sebelum dibenarkan memasuki ruangan atau bilik-bilik di kolej kediaman juga dititikberatkan menerusi langkah-langkah yang telah dikenalpasti, iaitu pemunggahan beg-beg di drop off zone, pemeriksaan suhu dan sanitasi, pengesahan surat tawaran kolej kediaman, pendaftaran dalam talian, penerimaan kunci, dan panduan menuju ke bilik-bilik yang ditetapkan.

 
Attachment(s):
 
 
Demo