Events Calendar

Download as iCal file
Warga UNIMAS semarakkan kemerdekaan secara virtual
Tuesday 31 August 2021, 08:00am - 05:00pm
Hits : 917
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
WhatsApp Image 2021-08-31 at 15.36.00.jpeg

KOTA SAMARAHAN, 31 Ogos 2021: Seramai 35 orang staf UNIMAS terdiri daripada pihak pengurusan dan akademik telah bergabung mengetengahkan bakat masing-masing bagi menjayakan Program Merdeka Virtual Challenge 2021 yang diadakan pagi tadi.

Program yang julung kali diadakan itu juga menyaksikan penglibatan pelajar-pelajar antarabangsa UNIMAS, yang menyampaikan ucapan hari kebangsaan kepada rakyat Malaysia menerusi ekspresi ucapan, pantun, puisi, nyanyian, dan sebagainya.

Program yang dianjurkan bermula jam 1100 pagi itu dimulakan dengan lagu Negaraku, diikuti dengan deklamasi sajak daripada Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr. Mohamad Kadim Suaidi, Penolong Naib Canselor (Kepimpinan dan Pembangunan), Profesor Datu Mohd Fadzil Abd Rahman, diikuti oleh Timbalan-timbalan Naib Canselor yang terdiri daripada Profesor Dr. Wan Hashim Wan Ibrahim, Profesor Dr. Ahmad Hata Rasit, dan Profesor Dr Thomas Kana @ Kamarudin Kana.

Majlis diteruskan dengan persembahan daripada staf di Unit Kebudayaan dan Kesenian serta persembahan bakat-bakat daripada barisan Dekan dan Pengarah Pusat Tanggungjawab UNIMAS.

Meskipun diadakan secara virtual melalui aplikasi Zoom dan dipancarkan secara langsung di media sosial Facebook rasmi UNIMAS, ia tidak menghalang warga UNIMAS untuk bersama-sama menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan Ke-64 tahun ini. Kepetahan Ermi Sanisha, lebih dikenali sebagai DJ Miey sebagai moderator, turut berjaya menarik para penonton untuk terlibat secara langsung menerusi komen-komen di laman Facebook UNIMAS. Profesor Datuk Dr. Mohamad Kadim Suaidi di akhir program melahirkan rasa bangga dan kagum terhadap bakat terpendam yang rupa-rupanya dimiliki oleh para peserta.

Dengan tema Hari Kebangsaan 2021 iaitu Malaysia Prihatin, adalah diharap program ini dapat menjadi landasan kepada warga UNIMAS untuk bersama-sama mempertahankan patriotisme bukan sahaja demi keutuhan kedaulatan negara tetapi juga meningkatkan kerjasama semua dalam usaha Malaysia memerangi pandemik COVID-19.

Program Merdeka Virtual Challenge 2021 ini adalah anjuran bersama oleh Pusat Kepimpinan UNIMAS, Unit Kebudayaan & Kesenian, dan UNIMAS Global.

WhatsApp Image 2021 08 31 at 15.35.58

WhatsApp Image 2021 08 31 at 15.35.57

WhatsApp Image 2021 08 31 at 15.35.56

WhatsApp Image 2021 08 31 at 15.35.55 1

WhatsApp Image 2021 08 31 at 15.35.59

 
Attachment(s):
 
 
Demo