Events Calendar

Download as iCal file
Hari Terbuka Fakulti UNIMAS – Fakulti Ekonomi dan Perniagaan
Friday 30 April 2021, 08:00am - 05:00pm
Hits : 962
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
WhatsApp Image 2021-04-30 at 15.03.32.jpeg

Kota Samarahan, 30 April 2021: Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEP) telah menjayakan Hari Terbuka Fakulti yang dijalankan secara langsung menerusi laman Facebook rasmi UNIMAS, pada hari ini.

Program Hari Terbuka Fakulti merupakan satu medium penting untuk memperkenalkan fakulti-fakulti di UNIMAS kepada masyarakat umum. Ia juga merupakan platform untuk mempromosikan program-program dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh fakulti.

FEP mempunyai visi untuk menuju kesarjanaan Ekonomi, Perniagaan dan Keusahawanan yang menjadi pilihan utama kepada golongan pelajar dan akademik.

Antara program-program yang ditawarkan oleh FEP ialah Program Ekonomi Antarabangsa, Program Perakaunan, Program Pengurusan Korporat, Program Pengurusan Perniagaan (Pemasaran), Program Kewangan, Program Ekonomi Perniagaan, dan Program Ekonomi Perkhidmatan.

Hari Terbuka Fakulti FEP dimulakan dengan tayangan video promosi FEP, disusuli dengan sesi penerangan dari Profesor Madya Rossazana Ab Rahim selaku Dekan Fakulti dan Dr Janifer anak Lunyai selaku Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) yang telah memberi penerangan tentang program-program yang ditawarkan di FEP. Selain itu, mereka juga menerangkan tentang syarat-syarat am kemasukan ke program FEP.

 
Attachment(s):
 
 
Demo