Events Calendar

Download as iCal file
Sumbangan Ramadhan MASNITA
Thursday 22 April 2021, 08:00am - 05:00pm
Hits : 111
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
WhatsApp Image 2021-04-22 at 15.27.08.jpeg

Assalamualaikum wbt & Salam hormat,

Di bawah Program RizQi Qaseh MASNITA 2021, MASNITA telah mengadakan majlis simbolik ringkas Prog InfaQ Kurma Ramadhan MASNITA pada 16 Apr, bertempat di Galeri Koompassia Excelsa, UNIMAS dengan penyerahan sebanyak 2250 bungkusan kurma yang merupakan hadiah pemberian Ramadhan dari MASNITA kepada seluruh warga kampus UNIMAS sebagai tanda jalinan ukhuwah silaturrahim MASNITA bersama warga kampus. Hadiah sumbangan ini adalah dibiayai menggunakan peruntukan dari Akaun MASNITA sendiri dan bukan dari hasil dana sumbangan yang dikutip/diterima dari pihak-pihak yang memberi sumbangan sebelum ini. 

WhatsApp Image 2021 04 22 at 15.27.08 1

Pada 17 Apr, MASNITA telah menyampaikan Sumbangan Ramadhan kepada beberapa Pusat Tahfiz yang telah dikenalpasti iaitu Tahfiz Pusat Pengajian Tafaqquh Tahfiz Al-Makki Semariang Pinggir, Pondok Hidayatul Mubtadien Tahfiddzul Quran Jalan Datuk Abdul Kadir Hassan dan Madrasah Darul Uloom Al-Fattah, Taman Lavender. Pemberian sumbangan ini merupakan antara aktiviti tahunan MASNITA sejak beberapa tahun yang lepas. MASNITA bersyukur dapat menyempurnakan hasrat dan hajat pihak-pihak yang telah menderma dan menyumbang kepada MASNITA. Terima kasih dan Salam Ramadhan semua. 

 
Attachment(s):
 
 
Demo