Events Calendar

Download as iCal file
Kunjungan hormat serah watikah pelantikan Pro-Canselor kepada Ketua Menteri
Wednesday 14 April 2021, 08:00am - 05:00pm
Hits : 93
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
CM watikah2.jpg

CM watikah1
KOTA SAMARAHAN, 14 April 2021: Rombongan Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Haji Openg, di pejabatnya, Wisma Bapa Malaysia, kelmarin.

Kunjungan hormat tersebut yang diketuai oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, YBhg Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie adalah bertujuan  untuk menyampaikan watikah pelantikan semula Yang Amat Berhormat Ketua Menteri sebagai Pro-Canselor UNIMAS selama tiga tahun mulai 15 Mac 2020 hingga 14 Mac 2023, di bawah peruntukan Jadual Pertama, Seksyen 8(1) Perlembangaan, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan 2009 dan 2012).

Lantikan Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Haji Openg sebagai Pro Canselor UNIMAS bermula pada tahun 2017. Sepanjang pelantikan tersebut, Ketua Menteri telah banyak membantu dari sudut nasihat, pandangan dan pembangunan Universiti sejajar dengan impian bersama untuk menjadikan UNIMAS sebagai sebuah Universiti global terunggul di rantau ini.

Turut menyaksikan penyerahan watikah tersebut adalah Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Prestasi dan Penyampaian Perkhidmatan) merangkap Ahli Lembaga Pengarah UNIMAS, Datuk Dr. Sabariah Putit, Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, dan Pendaftar UNIMAS, Tuan Haji Azlan Ramli.

 
Attachment(s):
 
 
Demo