Events Calendar

29 Januari 2020, Kota Samarahan : Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen UNIMAS ke Karnival Sukan MASUM Fasa 1, 2020,UiTM Perlis telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Kamaruddin bin Kana, Timbalan Naib Canselor HEPA pada 29 Januari 2020 (Rabu) bertempat di Bilik Mesyuarat pejaabt Timbalan Naib Canselor BHEPA, UNIMAS. Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Pusat Sukan, Prof. Madya Dr Hasnizam bin Abdul Wahid, Timbalan Pengarah Pusat Sukan, Tuan Hj. Zambari bin Hj Baijuri, staf Pusat Sukan, pegawai pengiring dan atlet .
Pada karnival kali ini, UNIMAS menghantar seramai 4 orang atlet iaitu dalam sukan karate (2 orang) dan ping pong (2 orang). Dalam ucapan amanat penyerahan bendera kontinjen, YBhg Prof Dr Kamaruddin turut mengingatkan para atlet supaya bertanding dengan penuh semangat kesukanan dan menjaga imej/nama baik UNIMAS sepanjang karnival berlangsung.
Berikut adalah senarai Kontinjen UNIMAS :
Ketua Kontinjen: Prof. Madya Dr. Hasnizam bin Abdul Wahid
Pegawai Pengiring : Ealfy Graggory Dulie
Mohamad Afif Zulhusmi Alet
Atlet:
1. Adam bin Fabian - FSKTM (Karate / Kumite -84kg)
2. Camelia Jukip - FEP (Karate/Kumite -68kg)
3. Sia Hsiao Hung - FEP (Ping Pong / Single)
4. Teo Cher Xuan - FSSK (Ping Pong / Single)
Selamat berjuang atlet-atlet UNIMAS!