Events Calendar

Download as iCal file
Program Sesi Jelajah Agensi Kelayakan Malaysia ke Institusi Pengajian TinggiZon Sarawak di Universiti Malaysia Sarawak
Thursday 08 September 2022, 08:00am - 05:00pm
Hits : 99
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
1 (1).jpg

8 September 2022- Program Sesi Jelajah Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Peringkat Zon Sarawak bertempat di Auditorium PeTARY, UNIMAS telah selesai dengan jayanya.
Sesi Jelajah ini telah dihadiri oleh 60 Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di seluruh negeri Sarawak. Sesi jelajah mengikut zon ini merupakan salah satu inisiatif MQA untuk turun berjumpa dengan IPT (Awam dan Swasta) dan seterusnya berkongsi hala tuju pengajian tinggi secara amnya dan prosedur serta tatacara terkini dalam bidang kuasa MQA. Sesi ini juga selaras dengan hasrat Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi untuk melestarikan ekosistem pendidikan tinggi yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.
Dalam sesi jelajah kali ini, MQA turut mengadakan Hari Mesra Pelanggan (HMP), perkongsian berkaitan integriti dan promosi laluan TVET oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Wilayah Sarawak.
UNIMAS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kesudian Ketua Pegawai Eksekutif MQA, YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohammad Shatar bin Sabran dan delegasi MQA yang telah hadir ke UNIMAS dalam Siri Jelajah MQA (Zon Sarawak) untuk berkongsi maklumat penting berkaitan” The New Era of MQA”.
Ucapan terima kasih juga diberikan kepada Naib Canselor UNIMAS, Prof. Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi yang berkelapangan untuk hadir ke sesi jelajah semalam. Turut hadir bersama, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr Ahmad Hata Rasit.
Sekalung penghargaan juga diberikan kepada Warga Akademik UNIMAS terdiri daripada Dekan-dekan fakulti, Pengarah PTj terlibat, Ketua Penyelaras Kualiti Akademik kerana bersama-sama meluangkan masa untuk hadir. Tidak dilupakan juga, ucapan terima kasih kepada UNIMAS Corporate,PeTARY,PPKTM dan semua yang telah menjayakan dan memastikan kelancaran sesi jelajah ini.
Siri jelajah yang diadakan ini dilihat dapat memudahkan perkongsian serta penyampaian maklumat terutamanya berkaitan dengan prosedur dan standard yang telah digariskan oleh Pihak MQA. Semua peserta mendapat peluang untuk berinteraksi secara langsung berkenaan isu-isu yang berkaitan kepada Pegawai MQA yang hadir. Program sesi jelajah ini juga merupakan bukti komitmen berterusan MQA dalam memastikan semua program yang ditawarkan di IPT Malaysia adalah yang terbaik dan memacu kecemerlangan Pendidikan Tinggi Malaysia di persada global.

 
Attachment(s):
 
 
Demo