Events Calendar

Download as iCal file
Syukur terima Anugerah dan Hadiah Kecemerlangan Akademik Haji Suaidi dan Hajah Halimah
Monday 11 October 2021, 03:00pm - 05:00pm
Hits : 254
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
51575996863_14954082c2_o.jpg

bd4c67cb 8475 494d 8e79 2e9c27299e1e4e4240fc 986f 4bb5 95b7 a93413593536

KOTA SAMARAHAN, 11 Oktober 2021 : Penerima Anugerah Haji Suaidi Haji Arshid, Dr. Winnie anak Johnny, 34, merasa terkejut bila dihubungi oleh pihak UNIMAS memaklumkan mengenai penganugerahan berkenaan.

Beliau yang juga seorang Pegawai Kesihatan Daerah Bau dan berasal dari Miri itu bagaimanapun melafazkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak terutama pihak pengurusan UNIMAS, pensyarah, penyelia, rakan-rakan dan juga keluarga yang selama ini telah memberi sokongan dalam pengajian beliau.

“ Saya amat gembira kerana terpilih untuk menerima anugerah ini dan berharap perkara baik seperti ini dapat diteruskan kepada pelajar-pelajar lain di masa akan datang,” katanya.

Dr.Winnie menerima Anugerah Haji Suaidi Haji Arshid bagi kecemerlangan dalam bidang Kesihatan Awam Program Doktor Kesihatan Awam (DrPH).

Sepanjang dalam bidang pengajian, Dr.Winnie telah menunjukkan prestasi akademik yang memberansangkan antaranya berjaya merekodkan PNGK 3.65 dalam Sarjana Kesihatan Awam (MPH) dan PNGK 3.82 semasa DrPH, merangkul anugerah pegawai contoh pada tahun 2015 dari Pejabat Kesihatan Bahagian Kapit, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016 dari Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, pelajar terbaik MPH pada tahun 2017 diikuti DrPH pada tahun 2020 oleh Jabatan Perubatan Komuniti dan Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UNIMAS.

Manakala salah seorang penerima hadiah kecemerlangan Akademik Haji Suaidi dan Hajah Halimah, Calvin anak Jose Jol, 24, juga bersyukur dengan pemilihan hadiah kecemerlangan berkenaan.

“ Sekurang-kurangnya, hadiah kecemerlangan ini membantu saya dalam membiayai pengajian di peringkat Sarjana di UNIMAS sekarang,” katanya yang merupakan salah seorang bekas pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Kimia, UNIMAS.

Beliau telah berjaya menamatkan pengajian dengan PNGK 3.69, menerima anugerah dekan sebanyak enam kali dan mendapat penganugerahan akademik dari Yayasan Sarawak dan kini menyambung pengajian di peringkat Sarjana Fakulti Kejuruteraan (Kimia) di UNIMAS.

 
Attachment(s):
 
 
Demo