Events Calendar

Download as iCal file
Para pekerja pembersihan di Bangunan Canselori dan Rumah Universiti terima sumbangan
Tuesday 27 July 2021, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1516
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
WhatsApp Image 2021-07-27 at 11.36.12.jpeg

 

KOTA SAMARAHAN, 26 Julai 2021: Menyedari kepayahan dan kesusahan bagi segelintir golongan yang terkesan akibat pandemik Covid-19, Pejabat Timbalan-timbalan Naib Canselor UNIMAS (TTNC) dan Pejabat Penolong Naib Canselor UNIMAS (PNC) hari ini telah memberi sumbangan bakul makanan dan wang ringgit kepada pekerja-pekerja pembersihan pejabat di Bangunan Canselori dan Rumah Universiti UNIMAS.

Majlis ini telah diadakan secara sederhana di Bilik Mesyuarat Pejabat TTNC dan PNC dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Seramai sepuluh orang pekerja pembersihan pejabat di Bangunan Canselori dan Rumah Universiti UNIMAS telah menerima sumbangan bakul makanan yang berbentuk barangan keperluan dapur serta wang ringgit.

Sumbangan ini telah disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UNIMAS, Profesor Dr Ahmad Hata Rasit dan Penolong Naib Canselor UNIMAS (Kepimpinan dan Pembangunan) UNIMAS, Profesor Datu Mohd Fadzil Abdul Rahman.

Profesor Dr Ahmad Hata Rasit dalam ucapan ringkasnya berkata sumbangan ini adalah merupakan hasil kutipan daripada staf-staf di Pejabat TTNC dan PNC serta sumbangan peribadi individu.

“Saya difahamkan kebanyakan anda semua diberi gaji harian berdasarkan kehadiran bekerja. Saya berharap melalui sumbangan ini, ianya sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban anda semua yang terkesan akibat pandemik Covid-19 ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada sahabat-sahabat serta staf-staf di Pejabat TTNC dan PNC yang telah sama-sama membantu memberi sumbangan,” katanya.

WhatsApp Image 2021 07 27 at 11.36.39

Profesor Dr Ahmad Hata Rasit dan Profesor Datu Mohd Fadzil Abdul Rahman bergambar bersama penerima-penerima sumbangan

 

WhatsApp Image 2021 07 27 at 11.38.30

Profesor Dr Ahmad Hata Rasit menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada salah seorang pekerja pembersihan di Bangunan Canselori dan Rumah Universiti

 

WhatsApp Image 2021 07 27 at 11.39.53

Sumbangan wang ringgit telah disampaikan oleh Profesor Datu Mohd Fadzil Abdul Rahman

 
Attachment(s):
 
 
Demo