Events Calendar

Download as iCal file
UNIMAS, SV News Sdn Bhd meterai MoU jalin kerjasama strategik
Thursday 15 July 2021, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1120
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
WhatsApp Image 2021-07-14 at 15.34.44.jpeg

Sejajar dengan norma baharu, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan SV News Sdn Bhd secara atas talian semalam (14 Julai 2021).

MoU ini adalah satu jaringan kerjasama yang dibina untuk memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak menerusi beberapa aktiviti yang akan melibatkan pelajar dan juga ahli akademik. Antara objektif MoU ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai operasi organisasi media melalui sesi perkongsian ilmu bersama pengamal media, program literasi media dan penempatan pelajar untuk aktiviti latihan industri.

MoU ini telah ditandangani oleh Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohammad Kadim Suaidi bagi pihak UNIMAS manakala SV News Sdn Bhd diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dr Jeniri Amir.

WhatsApp Image 2021 07 14 at 15.34.44 1

WhatsApp Image 2021 07 14 at 15.34.44 3

Majlis ini turut disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UNIMAS, Profesor Dr Ahmad Hata Rasit, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Antarabangsa) UNIMAS, Profesor Dr Haji Kamarudin Kana, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UNIMAS, Profesor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim, Penolong Naib Canselor (Kepimpinan dan Pembangunan) UNIMAS, Profesor Datu Fadzil Abd Rahman, Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi UNIMAS, Profesor Dr. Ambigapathy Pandian, pengurusan SV News Sdn Bhd dan staf Fakulti Bahasa dan Komunikasi UNIMAS.

 
Attachment(s):
 
 
Demo