Events Calendar

Download as iCal file
TAZKIRAH RAMADAN PPU: "PECUTAN AKHIR RAMADAN"
Friday 07 May 2021
Hits : 187
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
tazkirah ramadan 2021.jpg

7 Mei 2021, Jumaat, Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Pengurus UNIMAS (PPU) Sesi 2021/2023 di bawah EXCO Latihan dan Pembangunan Insan telah menganjurkan Tazkirah Ramadan secara maya bagi menghayati 10 hari terakhir Ramadan dengan tajuk tazkirah “Pecutan Akhir Ramadan”. Tazkirah ini telah disampaikan oleh Ustaz Muktar Muhmad, Pegawai Hal Ehwal Islam UNIMAS yang juga merangkap EXCO Latihan dan Pembangunan Insan PPU yang baharu.

Objektif program adalah sebagai satu wadah memberi penjelasan dan berkongsi ilmu serta pengalaman dalam menghayati keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal di penghujung bulan Ramadhan. Tazkirah ini boleh ditonton di dalam laman Facebook rasmi PPU di https://www.facebook.com/PersatuanPengurusUNIMAS. Semoga tazkirah ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu program pengisian rohani disamping menambahkan pemahaman dalam meningkatkan ibadah.

 
Attachment(s):
 
 
Demo