Events Calendar

Download as iCal file
UNIMAS Salurkan Bantuan Peralatan Untuk PPV Dewan Suarah, Kota Samarahan
Friday 07 May 2021
Hits : 2113
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
thumbnail_pastedImagebase640.jpg

29 April 2021 (Kota Samarahan) – Fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sedang giat dijalankan di seluruh Malaysia, termasuk di bahagian Samarahan.  Pusat pemberian vaksin di Kota Samarahan terletak di Dewan Suarah Samarahan.

UNIMAS, melalui Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan telah turut menyumbang kepada program PICK ini.  

Pihak fakulti telah bersetuju untuk meminjamkan sebuah troli kecemasan dan alat peranti perubatan untuk pemantauan para penerima vaksin. Ini akan membantu meningkatkan lagi tahap perkhidmatan yang diberikan di pusat pemberian vaksin yang dikendalikan oleh pihak Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan. Para penerima vaksin wajib dipantau setelah disuntik dengan vaksin, antara lain, pemantauan tekanan darah dan tanda-tanda ketidakselesaan.

Selain peralatan, para doktor dan jururawat dari FPSK dan Pusat Kesihatan UNIMAS turut menyumbang tenaga untuk membantu di PPV tersebut. Perkara yang sama telah dilakukan semasa permulaan pandemik COVID19 pada 2020, di mana, doktor, jururawat dan pelajar program pascasiswazah perubatan dari FPSK dan PKU telah turun padang untuk membantu pihak PKB Samarahan yang menghadapi kekangan dari segi tenaga kerja.

Semoga usaha kecil ini akan dapat memudahcarakan proses vaksinasi di kawasan Samarahan.

 

thumbnail pastedImagebase640

Prof Madya Dr Nariman (hujung kiri) dan Prof Madya Dr Helmy Hazmi mewakili FPSK UNIMAS semasa penyerahan troli kecemasan dan peranti pemantauan perubatan kepada pihak PKB Samarahan. Dikanan sekali, Dr Noryatini Merali, bersama-sama dengan PPP Michael (tiga dari kanan) dan PPP Augustin (dua dari kanan).

 
Attachment(s):
 
 
Demo