Events Calendar

Download as iCal file
Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti, UNIMAS ke SMK Singai, Bau
Friday 07 May 2021, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1801
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
CSR.jpeg

Sebanyak dua (2) unit komputer dan satu (1) unit mesin pencetak telah disumbangkan oleh Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IKPK) kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Singai, Bau, baru-baru ini. Penyerahan sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengarah IKPK kepada Pengetua sekolah SMK Singai.

Sumbangan tersebut bagi melaksanakan projek CSR adopt-a-school bagi menarik minat pelajar dalam pembelajaran Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) terutamanya di kalangan pelajar luar bandar.

Menurut Pengarah IKPK, Prof Dr David Perera, sebagai permulaan untuk program CSR ini, pihak IKPK menyumbangkan dua (2) unit komputer dan satu unit mesin pencetak untuk diletakkan di Pusat Sumber Sekolah.

Justeru itu, beliau berharap dengan adanya kemudahan komputer ini, ia akan dapat memudahkan pelajar dalam pencarian maklumat terutamanya subjek-subjek STEM dan memupuk minat pelajar untuk menjadi pemikir yang kritikal dan kreatif.

 
Attachment(s):
 
 
Demo