Events Calendar
Tuesday 28 January 2020, 08:00am - 05:00pm
Hits : 3084
by
Seperti yang telah diwar-warkan sebelum ini, UNIMAS dalam peringkat ke arah sifar penggunaan plastik sekali guna secara berperingkat bermula 6 Januari 2020. Sehubungan itu, mohon semua pihak mengambil tindakan yang sewajarnya berhubung perkara ini. Antara langkah-langkah yang boleh diambil dengan serta merta atau sebagai langkah permulaan adalah:
1.Tindakan Urusetia Mesyuarat
- Memaklumkan kepada pihak katerer untuk menggunakan jag kaca dan gelas bagi penyediaan minuman dan tidak ada lagi menyediakan air botol
- Memupuk budaya membawa botol air masing-masing (diemel kepada ahli mesyuarat)
- Menggunakan sepenuhnya water dispenser yang disediakan di bilik mesyuarat masing-masing untuk kemudahan isian semula.
- Menggantikan botol minuman plastik dengan botol kaca atau menyediakan jag air;
- Menggantikan pembalut plastik (plastic wrap) pada piring/pinggan/mangkuk dengan penutup makanan yang boleh diguna semula;
- Tidak menyediakan pinggan/piring/mangkuk/cawan/kutleri bersifat sekali guna serta mengelakkan penggunaan penyedut minuman plastik;
2. Tindakan PTJ masing-masing
- Mencetak poster “UNIMAS ke Arah Sifar Penggunaan Plastik Sekali Guna” untuk dipamerkan di bangunan dan jalan utama bangunan PTJ/ pejabat masing-masing/ ruang kuliah sebagai makluman umum (jika banner, pastikan dipamerkan di tempat yang sesuai di PTJ masing-masing)
3. Tindakan Sebagai Individu ( Warga Staf dan Pelajar)
- Membawa bekas makanan, sudu, garpu dan penyedut minuman yang boleh diguna semula untuk kegunaan peribadi;
- Menggunakan woven bag atau beg khas yang boleh diguna semula semasa membeli-belah
Pautan di bawah merupakan dokumen kempen "Pelan Hala Tuju Malaysia ke arah Sifar Penggunaan Plastik Sekali Guna 2018-2030" terbitan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC).
Sekian harap maklum dan terima kasih.
Attachment(s):