Events Calendar
31 Julai 2019 @ Rabu : Pihak FSGK telah mengadakan mesyuarat JKKP untuk sukuan yang ke-3 tahun 2019. FSGK adalah antara PTj yang dikelaskan dalam risiko tinggi KKP di UNIMAS dengan pelbagai peralatan dan mesin contohnya alat-alat kimpalan, pemotong dan pengisar (besi dan kayu), air compressor dan dandang stim (eletrical steam boiler) untuk kerja-kerja kreativiti dan reka cipta.
Mesyuarat pada kali ini menekan kepada keperluan Certificate of Fitness (CF) bagi semua mesin Pengandung Tekanan Tak Berapi (Unfired Pressure Vessel-Air Compressor). Mesyuarat menegaskan bahawa CF hendaklah dimasukkan sebagai salah satu spesifikasi untuk bekalan mesin ini. Pihak DOSH menghendaki semua mesin pengandung tekanan (pressure vessel) memiliki CF yang sah. Mesin pengandung tekanan berkapasiti 15 psi (pound-force per square inch) dan ke atas perlu didaftarkan dengan DOSH.