Events Calendar
Pada 26 November 2018, pihak Muzium Anatomi dan Patologi telah menerima rombongan pelawat daripada dua buah sekolah rendah iaitu:
- SK Batang Maro, Saratok seramai 46 orang yang terdiri daripada 33 orang pelajar dan 13 orang guru pengiring.
- SK Nanga Tada, Kanowit seramai 45 orang yang terdiri daripada 40 orang pelajar dan 5 orang guru pengiring.
Gambar 1: Lawatan daripada SK Batang Maro, Saratok
Objektif lawatan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan menyemai minat kepada para pelajar terhadap bidang sains perubatan. Selain daripada itu, pelawat juga mendapat ilmu kesihatan dan info mengenai penyakit serta mendapat maklumat tentang penjagaan kesihatan.
Gambar 2: Lawatan daripada SK Nanga Tada, Kanowit.
Lawatan ini telah dikendalikan oleh beberapa orang Juruteknologi Makmal Perubatan iaitu Cik Norhadzline Harun, Puan Norliza Samsuri dan Puan Herlina Patrick Kukut, serta dibantu oleh Pembantu Perawatan Kesihatan, Puan Heni ak. Vincent.
Gambar 3: Para pelajar diberikan penerangan tentang specimen-spesimen yang dipamerkan.
Laporan disediakan oleh Puan Herlina ak. Patrick Kukut.