Events Calendar

Download as iCal file
UNIMAS Jalin kerjasama serentak dengan ASTEEL dan CRAUN
Thursday 24 November 2022, 08:00am - 05:00pm
Hits : 718
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
WhatsApp Image 2022-11-24 at 10.35.06.jpeg

KOTA SAMARAHAN, 24 November 2022 –Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah  menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan ASTEEL Resources Sdn Bhd (ASTEEL), dan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan CRAUN Research Sdn Bhd (CRAUN), baru-baru ini.

Perjanjian dengan ASTEEL Resources Sdn Bhd adalah mengenai Insect Repellent Paint Project (IRPP) bertujuan untuk  menghasilkan formulasi cat yang mempunyai anti-serangga.

Cat ini akan menggunakan ekstrak daripada sumber tempatan yang mempunyai ciri-ciri anti serangga fokus kepada nyamuk. Potensi permintaan untuk produk ini telah menarik minat ASTEEL melibatkan penyelidik-penyelidik UNIMAS untuk menghasilkan cat yang mempunyai manfaat sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), termasuk kesejahteraan komuniti sihat seperti dalam SDG3, mewujudkan peluang pekerjaan seperti dalam SDG8 serta menyokong penyelidikan dan inovasi seperti dalam SDG9.

Selain itu, perjanjian dengan CRAUN Research Sdn Bhd bertujuan untuk mempromosi serta mengukuhkan pembangunan kerjasama atas dasar manfaat bersama meliputi aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelajar, kakitangan, forum, kemudahan penyelidikan, latihan, penyeliaan pasca siswazah, dan bidang lain yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Melalui MoU ini, CRAUN dan UNIMAS boleh mengukuhkan kerjasama lebih banyak penghasilan produk berasaskan daripada sagu dan sisanya, di samping penyelesaian kepada cabaran-cabaran pertanian yang dihadapi oleh pekebun kecil, pengeluar utama sagu di Sarawak.

Justeru itu, bagi memastikan industri ini berdaya maju dan berkemampanan global. Sagu merupakan komoditi penting di Sarawak, mempunyai potensi komersial bukan sahaja untuk keperluan makanan, tetapi juga sebagai bahan pelekat, baja dan bio-plastik.

MoA ditandatangani oleh Pengarah Urusan Kumpulan ASTEEL, Dato’ Sri Victor Hii, dan Naib Canselor UNIMAS, Professor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, di hadiri Pengarah Eksekutif Kumpulan ASTEEL, Datuk Ir Michael Hii, dan Dekan Fakulti Kejuruteraan, Profesor Ir Dr Siti Noor Linda binti Taib.

Seterusnya, MoU telah ditandatangani oleh Tuan Haji Zaidell bin Hussaini, Ketua Pegawai Eksekutif, CRAUN, dan Naib Canselor UNIMAS, Professor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, di hadiri Dr Nurleyna binti Yunus, Ketua Bahagian Teknologi Hiliran, CRAUN, dan Professor Ir Dr Siti Noor Linda binti Taib, Dekan, Fakulti Kejuruteraan.

Bertempat di Rumah Universiti (UNIMAS), majlis menandatangani perjanjian ini telah diserikan lagi dengan kehadiran barisan kepimpinan kedua-dua organisasi dan ahli akademik UNIMAS.

MoA dan MoU ini ditandatangani bagi merealisasikan komitmen optimis kedua-dua pihak untuk kerjasama yang menhasilkan manfaat bersama di masa hadapan, juga  mengetengahkan inisiatif yang kukuh dalam  mengeksploitasi sumber tempatan bagi manfaat kepada masyarakat.

 
Attachment(s):
 
 
Demo