Events Calendar

Download as iCal file
KERJASAMA FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF MEMPROMOSIKAN KOMUNITI BAU MELALUI PROJEK SULAM
From Friday 06 March 2020 -  08:00am
To Friday 20 March 2020 - 05:00pm
Hits : 3715
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

g001

Perjumpaan pelajar dan penyelia SULAM Pengurusan Seni bersama komuniti Borneo Tribal Village dan Bung Bratak pada 3 Mac 2020

g002

 Dato Peter Minos, Pengerusi @ Wali Kota Majlis Perbandaran Kota Samarahan memberi penerangan ringkas berhubung Bung Bratak

g003

Perjumpaan pelajar dan penyelia SULAM Program Drama dan Teater bersama komuniti Serikin pada 3 Mac 2020

g004

Perbincangan antara pelajar dan penyelia SULAM Drama dan Teater bersama wakil komuniti Serikin

g005

Perjumpaan pelajar dan penyelia SULAM Program Teknologi Seni Reka,Seni Halus dan Animasi bersama wakil komuniti Koloyan River Cottage,Kampung Gumbang, Kampung Tringgus dan Siniawan pada 5 Mac 2020

g006

Perbincangan antara pelajar dan penyelia SULAM Program Teknologi Seni Reka,Seni Halus dan Animasi bersama wakil komuniti Koloyan River Cottage,Kampung Gumbang, Kampung Tringgus dan Siniawan pada 5 Mac 2020

UNIMAS, 5 MAC – Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif telah menjalinkan kerjasama untuk mempromosikan kawasan-kawasan pelancongan sekitar daerah Bau, Sarawak di bawah inisiatif Service Learning Malaysia – University For Society (SULAM).

SULAM merupakan satu inisiatif terkini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menggabungkan objektif pembelajaran dengan khidmat komuniti dengan bertujuan memberi pengalaman pembelajaran yang menghubungkaitkan teori dan praktis dengan penyelesaian permasalahan sebenar dalam komuniti. SULAM berteraskan Kasih Sayang, Kegembiraan dan Saling Menghormati.

Projek ini diharap dapat meningkatkan kualiti pembelajaran dan melahirkan graduan yang dapat menyumbang ilmu dan pengetahuan kepada masyarakat. Objektif utama projek ini adalah untuk membantu mempromosikan Kawasan Bau sebagai sebuah Kawasan Pelancongan melalui media sosial bersesuaian dengan kursus GKA1123 Asas Keusahawanan dalam Seni.

Projek ini terbahagi kepada tiga di mana pelajar perlu menghasilkan kandungan kreatif untuk tujuan promosi, menguruskan dan menjalankan promosi melalui laman sosial facebook dan memberikan latihan promosi melalui media sosial kepada wakil komuniti.

Projek ini merupakan anjuran bersama pensyarah dan pelajar tahun satu Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Unit Kelestarian UNIMAS dan Majlis Daerah Bau. Perjumpaan pertama antara penyelia, pelajar dan wakil komuniti daripada daerah Bau telah diadakan pada 3 dan 5 Mac 2020. Turut hadir pada majlis berkenaan pada 3 Mac ialah Dato Peter Minos, Pengerusi @ Wali Kota Majlis Perbandaran Kota Samarahan.

Oleh Haslina Senin & Dr Mastika Lamat

 
Attachment(s):
 
 
Demo