Events Calendar

Download as iCal file
Program Kasih Syawal FPSK 2024, 5 April
Friday 05 April 2024
Hits : 887
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
IMG_5160_Resize.jpg

Gedong Proper, 5 April 2024 - Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) telah melaksanakan Program Kasih Syawal pada tahun ini di Gedong Proper. Aktiviti ini merupakan acara tahunan Fakulti yang diadakan pada bulan Ramadan, bulan yang mulia di kalangan umat Islam. Program ini dijalankan dengan tujuan menyemai rasa tanggungjawab, ihsan, dan empati di kalangan Warga Fakulti dan menjalin semangat kebersamaan di kalangan warga Fakulti dan masyarakat setempat.

Bulan Ramadan dianggap sebagai waktu yang mentarbiah dan mendidik umat Islam dalam memahami erti kesabaran dan keikhlasan. Dengan pelaksanaan Program Kasih Syawal ini, diharapkan penerima sumbangan dan penyumbang dana dapat merasai keberkatan dan kegembiraan menjelang Hari Raya.

Sebanyak 14 keluarga di sekitar Gedong Proper telah menerima bantuan makanan dan buah tangan sebagai persediaan menyambut Hari Raya.

FPSK ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Haji Tamida bin Haji Da’adi, Pegawai Daerah Gedong, serta Encik Louis Andria Anak Barieng, Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Gedong, Pemanca Haji Abang Ronee Abang Saedili, Penghulu Adian bin Salleh, dan semua Ketua Kaum yang telah memberikan sokongan dalam menjayakan program ini. Juga, terima kasih kepada semua warga fakulti yang telah menyumbangkan wang, tenaga, dan masa untuk menjayakan projek ini.

IMG 5261 Resize

IMG 5420 Resize

IMG 5316 Resize

IMG 5448 Resize

 
Attachment(s):
 
 
Demo