Events Calendar

Download as iCal file
Program berkhatan FPSK anjuran PIBG SK Kampung Baru
Thursday 28 December 2023
Hits : 380
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
10.jpg

Seramai 30 orang pelajar dari SK Kampung Baru telah dikhatankan beramai-ramai dalam satu program berkhatan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada Sabtu, 16 Disember 2023. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Kampung Baru dengan kerjasama FPSK.

 Program kemasyarakatan itu sebagai usaha pihak sekolah mengimarahkan sunnah dan membantu golongan memerlukan. Disamping itu, keterlibatan fakulti turut dapat menterjemahkan pegangan UNIMAS yang berkonsepkan “Community Driven University” dan memastikan agar proses berkhatan dilakukan dalam keadaan yang selamat, bersih dan melalui nasihat perubatan selepas berkhatan.

Seramai 7 orang doktor yang merupakan pensyarah perubatan yang dibantu oleh jururawat, graduan perubatan dan pelajar perubatan dari fakulti telah terlibat.

Turut membantu adalah pegawai pelaksana fakulti yang memastikan kelancaran perjalanan program.

Terdahulu, majlis pelancaran dan doa selamat telah diadakan di SK Kampung Baru pada 15 Disember 2023 iaitu sehari sebelum aktiviti berkhatan dijalankan. Acara tersebut telah diwarnai dengan gimik perasmian seperti perarakan peserta berkhatan sekeliling kampung, bacaan doa selamat dan acara tepung tawar.

Pihak sekolah juga telah menyerahkan peralatan berkhatan kepada Dekan, Prof Dr Asri bin Said, sebagai simbolik penyerahan amanah berkhatan kepada juru-khatan yang bakal menjalankan tugas mereka.

Turut sama dalam majlis pelancaran dan doa selamat tersebut adalah Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Kampung Baru, Yang Berusaha Encik Mohd Alfian Syahfirul bin Abdullah, Pengurus Program dan Ketua Jabatan Surgeri, Prof Madya Dr Aini Fahriza binti Ibrahim. Majlis tersebut juga dihadiri oleh Ketua Kampung Baru, Kota samarahan, Tuan Haji Man bin Mok dan Imam Masjid Darul Naim.

1

2

Taklimat Ibu bapa disampaikan oleh Prof Dr. Helmy bin Hazmi pada 12 Disember 2023 yang lalu di SK Kampung Baru.

3

Penyerahan Sijil dan peralatan berkhatan kepada pelajar.

10

Suasana di bilik berkhatan.

 
Attachment(s):
 
 
Demo