Events Calendar

Download as iCal file
Karnival MyChampion di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak
Tuesday 28 November 2023
Hits : 381
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Slide17.jpg

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan telah dijemput oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching untuk terlibat dalam Karnival MyChampion yang dijadualkan pada 24 sehingga 25 November 2023 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak (bersebelahan dengan UNIMAS City Campus). 

Karnival ini  merupakan Agenda Nasional Malaysia Sihat yang mengumpulkan lebih daripada 15 agensi seperti JKM, Kementerian Pendidikan, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, KEMAS, MAKNA, BSMM, Sarawak Energy, MySalam, Protech Health, Jabatan Penerangan, TVS dan banyak lagi. Matlamat karnival adalah untuk mempromosikan Pembudayaan Gaya Hidup Sihat dan Kelestarian Persekitaran. Pelbagai aktiviti telah diadakan oleh setiap agensi. Bagi Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, aktiviti yang diadakan adalah Saringan Kesihatan, Pemeriksaan Glucose dan Kolesterol, Pameran Paru-paru Perokok dan Ukuran Karbon Monoksida dalam badan. 

Pihak penganjur menyasarkan penduduk-penduduk di sekitar Kuching, Bau dan Samarahan serta agensi-agensi yang terlibat dalam program in untuk hadir ke karnival ini. 

 
Attachment(s):
 
 
Demo