Events Calendar

Download as iCal file
Majlis Perasmian dan Penyerahan Anak Angkat Pelajar Perubatan Tahun 1 Sesi 2022/2023 di Kampung Tanjung Tuang
Tuesday 20 June 2023
Hits : 1313
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
kumpulan 1.jpg

Kampung Tanjung Tuang, Samarahan: 17 Jun 2023 – Majlis Perasmian dan Penyerahan Anak Angkat Pelajar Perubatan Tahun 1 Sesi 2022/2023, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan UNIMAS telah berlangsung di Dewan Masyarakat Kampung Tanjung Tuang. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg Encik Jerry Zannudin bin Bidin, Penolong Pegawai Daerah Samarahan mewakili Pegawai Daerah Samarahan. Sebanyak 39 buah keluarga angkat Kampung Tanjung Tuang menerima kehadiran 144 orang mahasiswa dan mahasiswi Program Doktor Perubatan. Penghargaan diucapkan kepada Pejabat Daerah Samarahan yang sentiasa membantu kami mencadangkan kampung yang bersesuaian bagi program ini. Program di Kampung Tanjung Tuang merupakan program secara bersemuka pertama diadakan selepas ditangguhkan hampir 3 tahun setengah bagi memastikan pendemic covid 19 dapat dikawal. Penghargaan kepada Ketua Kaum Kampung Tanjung Tuang, Tuan Haji Lasa bin Bol serta JKKK Kampung yang sama-sama berganding bahu menjayakan program ini. Program Anak Angkat adalah sebagai pendedahan awal kepada bakal-bakal doktor dan diharap melalui pengalaman berharga ini dapat membantu mereka memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada masyarakat pada masa yang akan datang. Selain itu, program sebegini sebenarnya batu loncatan bagi para pelajar untuk memahami dan menyelami situasi sebenar penduduk kampung sebelum melangkah ke alam pekerjaan apabila menamatkan pengajian kelak. Wadah dan peluang keemasan yang telah dibentangkan ini sepatutnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pelajar dalam menimba pengalaman berharga ini. Pelbagai aktiviti diadakan dalam majilis ini seperti ceramah kesihatan oleh Dr Chai Chau Chung, persembahan kebudayaan dan pemeriksaan tekanan darah dan BMI oleh para pelajar tahun 1.

Program ini juga boleh dijadikan sebagai platform untuk mengetengahkan Kampung Tanjung Tuang kepada masyarakat umum. Majlis ini juga dihadiri oleh Timbalan Dekan Hubungan Industri dan Masyarakat, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Prof. Madya Dr Helmy bin Hazmi, Ketua Kaum Kampung Tanjung Tuang, Tuan Haji Lasa bin Bol, JKKK Kampung Tanjung Tuang, Penghulu Kampung Tanjung Parang, Puan Hajah Saftuyah, Pensyarah-pensyarah serta staf-staf Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dan yang diraikan keluarga angkat Kampung Tanjung Tuang.

En Jerry

Encik Jerry Zannudin (Penolong Pegawai Daerah Samarahan) menyampaikan ucapan perasmian

 

Ketua Kaum

Ketua Kaum Kampung Tanjung Tuang menyampaikan ucapan dari pihak kampung

 

TD

Timbalan Dekan Hubungan Industri dan Masyarakat menyampaikan ucapan dari pihak Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS

 

kumpulan 2

 
Attachment(s):
 
 
Demo