Events Calendar

Download as iCal file
Program berkhatan FPSK anjuran PIBG SK Kampung Baru
Monday 20 February 2023
Hits : 2506
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
1.jpg

Sabtu, 18 Februari 2023 (Kota Samarahan):

Seramai 32 orang pelajar dari SK Kampung Baru telah dikhatankan beramai-ramai dalam satu program berkhatan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada Sabtu, 18 Februari 2023. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Kampung Baru dengan kerjasama FPSK dan Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) Samarahan.

 

Program kemasyarakatan itu sebagai usaha pihak sekolah mengimarahkan sunnah dan membantu golongan memerlukan. Disamping itu, keterlibatan fakulti turut dapat menterjemahkan pegangan UNIMAS yang berkonsepkan “Community Driven University” dan memastikan agar proses berkhatan dilakukan dalam keadaan yang selamat, bersih dan melalui nasihat perubatan selepas berkhatan.

Seramai 10 orang doktor yang merupakan pensyarah perubatan yang dibantu oleh jururawat, Pembantu Pegawai Perubatan (PPP) dan pelajar perubatan dari fakulti telah terlibat. Manakala, 4 orang PPP dari PKB Samarahan turut sama menjayakan program tersebut.

Turut membantu adalah pegawai pelaksana fakulti yang memastikan kelancaran perjalanan program.

Terdahulu, majlis pelancaran dan doa selamat telah diadakan di SK Kampung Baru pada 17 Februari, iaitu sehari sebelum aktiviti berkhatan dijalankan. Acara tersebut telah diwarnai dengan gimik perasmian seperti perarakan peserta berkhatan sekeliling kampung, acara mandi sembur oleh pihak bomba, bacaan doa selamat, zikir dan acara tepung tawar.

Pihak sekolah juga telah menyerahkan peralatan berkhatan kepada Dekan, Prof Dr Asri bin Said, sebagai simbolik penyerahan amanah berkhatan kepada juru-khatan yang bakal menjalankan tugas mereka.

Turut sama dalam majlis pelancaran dan doa selamat tersebut adalah wakil kepada Yang Berhormat Dato’ Hj Idris bin Buang, merangkap ADUN N16 Muara Tuang, iaitu Tuan Aziz Mohammad (Ketua Marqas Operasi ADUN N16 Muara Tuang), Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Kampung Baru, Yang Berusaha Encik Mohd Alfian Syahfirul bin Abdullah, Pengurus Program, Cikgu Sebli bin Mentarang dan Penolong Pendaftar Kanan FPSK, Encik Mohamad Hidayat Bin Badar.

Jurugambar: En Mohd Farhan

1

Ibu bapa diberi taklimat pada 10 Februari yang lalu di SK Kampung Baru.

2

Acara simbolik penyerahan alat berkhatan dariada YDP PIBG SK Kampung Baru En Alfian kepada Dekan FPSK, Prof Dr Asri bin Said.

3

Acara sembur air di SK Kampung Baru oleh bomba.

4

Sesi penerangan kepada sukarelawan pelajar perubatan

 
Attachment(s):
 
 
Demo