Events Calendar

Download as iCal file
Program Kesedaran Kesihatan Masjid Al Quddus, Taman Sri Wangi
Friday 16 December 2022
Hits : 2842
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
1.jpg

10 Disember 2022 (Kuching) - Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan UNIMAS mendapat jemputan daripada Jawatankuasa Pengurusan Masjid Al Quddus, Taman Sri Wangi untuk terlibat sama dalam Program Kesedaran Kesihatan. 

Objektif program adalah untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat umum tentang kepentingan untuk membuat pengesanan awal penyakit melalui saringan kesihatan dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mengurus kesihatan kendiri.  

Selain daripada aktiviti pemeriksaan kesihatan, satu bengkel bertajuk Pengurusan Kesihatan Kendiri Siri 2 telah dilaksanakan oleh Puan Rasidah Abd Wahab, pensyarah di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UNIMAS.   

Program ini telah dirasmikan oleh YB Fazzrudin Abdul Rahman, ADUN N.6 Tupong, Ketua Ranting PBB Taman Sri Wangi, Pengerusi Pembangunan Projek Masjid Baru Taman Sri Wangi, serta Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid Al Quddus sendiri. 

Program ini telah disertai oleh sukarelawan yang terdiri daripada doktor-doktor pakar dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, pelajar perubatan Tahun 3 (2 orang) dan Tahun 5 (3 orang). 

Pihak jawatankuasa turut mengalu-alukan kehadiran dan berharap pihak Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dapat bekerjasama dalam program seumpama pada masa akan datang.

3

8

 
Attachment(s):
 
 
Demo