Events Calendar

Download as iCal file
Program Pengindahan Pantai Trombol
Tuesday 18 October 2022
Hits : 2453
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
l1.jpg

14 dan 15 Oktober 2022 l Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan UNIMAS mendapat jemputan daripada pihak Majlis Perbandaran Padawan untuk terlibat sama dalam Program Pengindahan Pantai Trombol 2022. Selain daripada UNIMAS, pihak Majlis Perbandaran Padawan juga menjemput Politeknik Kuching Sarawak, DNS Waste Management Sdn Bhd, Trombol Beach Resort dan JKKK Kampung Trombol. Pelbagai aktiviti diadakan dan salah satunya adalah “Plogging Walk” di sekitar Pantai Trombol.

Program ini telah disertai oleh staf-staf Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Pelajar Program Kedoktoran dan Pelajar Program Kejururawatan. Objektif program adalah bagi menggalakkan masyarakat untuk mengamalkan sikap prihatin terhadap penjagaan alam sekitar demi kelangsungan generasi yang akan datang.  YB Senator Dato’ Cr Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim telah menyempurnakan program ini. Puan Elizabeth Loh, Setiausaha Majlis Perbandaran Padawan turut hadir sama ke program ini.

Laporan disediakan oleh Puan Faridah binti Mohamed,  Pegawai Pembangunan Masyarakat, FPSK, UNIMAS

3

4

 
Attachment(s):
 
 
Demo