Events Calendar

Download as iCal file
Program Kesihatan Warga Emas, Sadong Jaya (Seniorcare)
Friday 19 August 2022
Hits : 2957
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
1.jpg

Pada 13 Ogos 2022 (Sabtu), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS bersama-sama Kelab Warga Usia Emas Sadong Jaya, Klinik Kesihatan Sadong Jaya dan Klinik Pergigian Asajaya telah mengadakan Saringan Kesihatan untuk warga usia emas bertempat di Klinik Kesihatan Sadong Jaya.

3

Saringan-saringan yang dijalankan meliputi Saringan Kolorektal, Saringan Penyakit Jantung, Saringan Risiko Jatuh dan Tulang Sendi dan Saringan Mata. Mengikut takrifan oleh “World Assembly of Ageing 1982” di Vienna, warga emas ditakrifkan mereka yang berusia 60 tahun ke atas. Program ini telah mendapat sokongan daripada Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, Pejabat ADUN N.24 Sadong Jaya dan Pejabat Ahli Parlimen P.200 Batang Sadong.

YB Ir Aidil bin Hj Lariwoo ADUN N.24 Sadong Jaya, Setiausaha Politik kepada YB Dato Sri Hjh Nancy Haji Shukri dan Dekan Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, Prof. Dr Asri bin Said turut hadir menyertai program ini.  Sebelum saringan kesihatan dijalankan, aktiviti senaman tai chi diadakan bagi memupuk rasa cinta untuk bersenam di kalangan warga emas.   

Objektif saringan ini diadakan adalah untuk meningkatkan kadar peratusan saringan di kalangan warga usia emas di Sadong Jaya, memberi peluang kepada warga usia emas untuk mendapat pemeriksaan terus dari pakar perubatan dan mengeratkan hubungan di antara Kementerian Kesihatan Malaysia, Universiti dan pihak NGOs untuk sama-sama menyumbang kepada komuniti.

Program ini mensasarkan 100 orang sahaja ahli kelab warga emas yang hadir. Walau bagaimanapun, setelah tamat program didapati 141 orang yang telah hadir untuk menjalankan pelbagai saringan kesihatan. Angjka ini telah melepasi sasaran program. 

Diharap aktiviti sebegini mampu memberi kesedaran kepada masyarakat terutamanya warga emas berkaitan dengan peri pentingnya melakukan saringan awal kesihatan.

Laporan disediakan oleh Puan Faridah binti Mohamed

824567




 
Attachment(s):
 
 
Demo