Events Calendar

Download as iCal file
UNIMAS LAKAR KEMERIAHAN PENGANJURAN OLAHRAGA YANG DI NANTI-NANTI OLEH PENGGIAT OLAHRAGA: Sarawak Games 2022 Olahraga Antara Kelab Gabungan MAKSAK Sarawak
Tuesday 17 May 2022, 08:00am - 05:00pm
Hits : 192
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
DSC 0860 50 1 25
 
Universiti Malaysia Sarawak sekali lagi membuktikan kewibawaan apabila kepercayaan yang diberi untuk menganjurkan Kejohanan MAKSAK Sarawak Games 2022 Olahraga Antara Kelab Gabungan MAKSAK Sarawak telah dilaksanakan dengan jayanya. Temasya edisi ke-7 yang telah berlangsung dengan meriahnya selama dua hari pada 14 dan 15 Mei 2022 di Stadium UNIMAS menyaksikan sebanyak 15 acara dipertandingkan.
 
Acara-acara tersebut ialah lompat jauh, lempar cakera, lontar peluru, rejam lembing, 100m, 200m, 400m, 800m, 4 x 100m, 4 x 200m, midley relay, 1500m, 3000m, 3000m berhalangan, dan 5000m.
 
Temasya seperti ini sememangnya medium yang amat penting dalam mencungkil bakat kakitangan kerajaan dalam bidang sukan di samping memastikan mereka turut mengamalkan gaya hidup sihat setiap masa agar dapat menyalurkan khidmat bakti terbaik kepada orang awam.
 
Pada majlis penutupan yang berlangsung dengan meriahnya semalam, Pasukan Pendidikan dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan dengan memperolehi 24 pingat emas, 13 perak dan 12 gangsa. Majlis Penutupan tersebut telah disempurnakan oleh Setiausaha Kehormat MAKSAK Sarawak, Encik Semawi Haji Mohamad.
 
Selain daripada Johan Keseluruhan, Pasukan Pendidikan turut dinobatkan sebagai Johan Kategori Lelaki (16 emas, 6 perak, 4 gangsa) dan Johan Kategori Wanita (8 emas, 7 perak, 8 gangsa). Naib Johan keseluruhan pula menjadi milik Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dengan kutipan 7 pingat emas, 17 perak dan 9 gangsa. Pasukan tuan rumah pula, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) memperolehi Tempat Ketiga keseluruhan dengan kutipan 6 pingat emas, 7 perak dan 8 gangsa.
 
Anugerah Olahragawan menjadi milik atlet PDRM, Belton Mosolon selepas memperolehi 2 pingat emas dan 2 pingat perak manakala Anugerah Olahragawati pula menjadi milik atlet Pendidikan iaitu Monica Mercy Deru yang membawa pulang 2 pingat emas.
 
Pada majlis tersebut juga dua Anugerah Khas iaitu Peserta Paling Senior Lelaki yang menjadi milik Lipok B. Ahet (UNIMAS) dan Peserta Paling Senior Wanita milik Nafisah Bt. Budin daripada pasukan Perbendaharaan Malaysia (PM) Sarawak turut diberikan.
 
Tahniah diucapkan kepada semua atlet yang telah beroleh kejayaan dalam kejohanan edisi ke-7 ini. Bagi mereka yang kurang bernasib baik, diharapkan atlet-atlet ini akan hadir dengan lebih kuat pada edisi yang akan datang.
 
Juga jutaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat di dalam penganjuran kejohanan pada kali ini sama ada secara langsung ataupun tidak.
 
Semoga berjumpa lagi pada kejohanan yang akan datang.
 
 
Attachment(s):
 
 
Demo