Events Calendar

Download as iCal file
Program Wira Lestari Cilik 2021 Pupuk Kesedaran Alam Sekitar
Thursday 30 December 2021, 02:00pm - 04:00pm
Hits : 779
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
WLC12.jpeg

Kota Samarahan, 30 Disember 2021 - Pusat Kelestarian Universiti (USC), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah menganjurkan Program Cuti Sekolah secara dalam talian bertajuk Wira Lestari Cilik. Program 2 jam tersebut berlangsung pada 30 Disember 2021 melalui platform Zoom Meeting, dan telah dihadiri oleh seramai 78 peserta dari 23 buah sekolah rendah dan menengah di Sarawak. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak kelestarian alam sekitar dan kitar semula.

Program Wira Lestari Cilik ini mengandungi empat sesi utama iaitu Wira Kitar Semula, Persekitaran Bersih Anda Sihat, Kuiz Kelestarian, dan Kenali UNIMAS. Terdapat pelbagai aktiviti menarik disediakan termasuk perkongsian interaktif, tayangan video dan kuiz.

Pelaksanaan program ini diketuai oleh Prof Madya Dr Rafeah Wahi dan Dr Ahmad Syafiq Ahmad Nasir dari USC. Mereka dibantu oleh oleh empat orang pelajar Fakulti Sains dan Teknologi Sumber sebagai Fasilitator, iaitu Wattson anak Dugat, Pheodora Pamela Natashya Anak Roland Munan, Akmal Ikhwan Bin Sait yang merupakan pelajar Tahun 3 Kimia Sumber, dan Saffrullah Iqhram Khan, pelajar Sarjana Kimia Analisis.

Tinjauan selepas program merekodkan pelbagai maklumbalas positif diterima daripada peserta program, dengan majoriti peserta merasakan program ini amat menarik. Peserta juga menyatakan mereka telah mempelajari perkara-perkara baharu seperti kitar semula, 7R, kesan pencemaran alam, dan maklumat berkenaan UNIMAS. Dalam program ini juga, para peserta telah berjanji sebagai Wira Lestari Cilik untuk sama-sama memelihara alam sekitar untuk masa depan bumi yang lebih baik.

Program Wira Lestari Cilik ini merupakan salah satu program Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) USC, UNIMAS untuk tahun 2021. Menurut Puan Noraziah Abdul Wahab, Pengarah USC, pelaksanaan program ini akan diteruskan sebagai acara tahunan USC pada masa-masa yang akan datang.


 
Attachment(s):
 
 
Demo