Events Calendar

Download as iCal file
PROGRAM SULAM UNIMAS-FSKPM “Kelestarian Pengurusan Ergonomik”
Wednesday 15 March 2023, 08:00am - 05:00pm
Hits : 3008
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Program Service Learning Malaysia - University for Society (SULAM) telah dilaksanakan oleh kumpulan pelajar Tahun Tiga Program Sains Kognitif, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Sumber Manusia (FSKPM), UNIMAS selama 14 minggu yang bertemakan “Kelestarian Pengurusan Ergonomik” untuk Semester 1 2022/2023.

Inisiatif program ini adalah bertujuan untuk memupuk kesedaran dan pengetahuan kelestarian pengurusan ergonomik khususnya di tempat kerja di kalangan komuniti yang terpilih kali ini. Seramai 83 orang pelajar Program Sains Kognitif, FSKPM dan 10 komuniti tempatan terpilih daripada industri di sekitar Samarahan dan Kuching telah terlibat dalam program SULAM kali ini. Secara keseluruhannya, seramai lebih 100 orang dari 10 komuniti ini dijangka menerima manfaat daripada program ini. Antara komuniti tempatan yang terlibat adalah CIMB Bank Bhd Kuching Branch, Full Premier Enterprise (Unijaya Management Office) Kota Samarahan, Think Big Training KotaSamarahan, Data Solutions Sarawak Sdn. Bhd., Sarawak Manufacturers' Association, Perpustakaan Awam Majlis Perbandaran Kota Samarahan, Balai Bomba Kota Samarahan, Kuching Bodhi Counselling Centre, Perpustakaan Desa Taman Samarindah Kota Samarahan dan Maria Travel & Tours Sdn Bhd.

Program yang bertemakan “Kelestarian Pengurusan Ergonomik” ini telah berjaya melibatkan 10 agensi dalam pelbagai aktiviti melalui program SULAM ini antaranya ialah Ceramah Kesedaran Ergonomik di Tempat Kerja, Penilaian Pengurusan Ergonomik di Tempat kerja dan Penambahbaikkan Pengurusan Ergonomik di Tempat Kerja. Kesemua aktiviti ini dilakukan bersama pelajar supaya kelestarian pengurusan ergonomik tersebut dapat diteruskan demi keselamatan dan kesihatan komuniti ditempat kerja. Antara pengurusan ergonomik yang difokuskan adalah penggunaan perabot (meja dan kerusi) yang sesuai, pengunaan peralatan, pencahayaan dan pengudaraan di tempat kerja.

Selari dengan objektif SULAM iaitu mengadakan khidmat komuniti yang melibatkan pelajar berinteraksi dengan komuniti bagi menyelesaikan permasalahan setempat dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang mereka pelajari di bilik kuliah, para pelajar telah berjaya menyempurnakan program SULAM ini dengan jayanya walaupun cabaran pandemik melanda negara ketika itu. Program libat sama pihak komuniti ini bukan sahaja dapat berkongsi ilmu dankemahiran dari pelajar FSKPM malah dapat menengahkan fungsi penting UNIMAS dalam mengaplikasikan hasil penyelidikan para penyelidik UNIMAS bagi menyelesaikan masalah sebenar komuniti setempat. Program ini juga diharap dapat memberi sumbangan yang bermanfaat kepada komuniti di samping mengukuhkan lagi hubungan baik antara universiti dan komuniti sekitarnya. - Dr Wan Norizan Wan Hashim, Timbalan Dekan Hubungan Industri dan Masyarakat, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Sumber Manusia.

 

SULAM FSKPMSULAM FSKPM 2SULAM FSKPM 3

 
Attachment(s):
 
 
Demo