Events Calendar

Download as iCal file
PENYERAHAN PRODUK-PRODUK UNTUK ASRAMA MADRASAH AL-KHAIRAT, KUCHING, SARAWAK
Saturday 21 January 2023, 08:00am - 05:00pm
Hits : 2958
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

1

Kuching, 21 Januari 2023: Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Sustainabiliti Tenaga, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaysia Sarawak telah menjalankan projek komuniti di asrama pelajar, Madrasah Al-Khairat yang terletak di Kuching. Projek ini merupakan projek ketiga SULAM Kejuruteraan Kimia yang diselia oleh Pusat Kelestarian Universiti, Universiti Malaysia Sarawak. Tujuan projek ini dijalankan adalah untuk membantu komuniti madarsah dalam melengkapkan kemudahan dan prasarana asrama pelajar bagi meningkatkan kualiti rutin harian dan keselesaan pelajar-pelajar di asrama. Tempat ini dipilih berdasarkan latarbelakang sosio-ekonomi madrasah yang memerlukan bantuan pihak-pihak luar bagi membantu membaik pulih dan menambah kemudahan pelajar di asrama.

Projek ini dijalankan dibawah kursus KNC1041 Amalan Bengkel yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar Tahun 2 Kejuruteraan Kimia seramai 45 orang pelajar. Projek ini diketui oleh Penyelaras Kursus Amalan Bengkel, Mohamed Afizal Mohamed Amin dan dibantu oleh pensyarah kursus Harunal Rejan Ramji danMohd Farid Atan beserta staf-staf teknikal yang terdiri daripada Mohd Hafiz Mafadi, Kamri Mohamed, Mohammad Amirul Nizam Amit dan Mohamad Tajudin Unus

Antara produk-produk yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar Tahun 1 dan 2 adalah penyangkut baju di ampaian, rak besi dinding dan rak penyangkut pakaian dengan saiz yang berbeza mengikut kehendak komuniti. Semua produk-produk ini dihasilkan dalam masa dua bulan dan penyerahan produk-produk ini telah diserahkan secara rasmi kepada wakil Madrasah Al-Khairat, Ustaz Syeed Abdul Hamid Bin Wan Yusuf Al Aidrus oleh ahli-ahli projek yang terlibat. Pihak jabatan dan juga universiti berharap agar produk-produk ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar asrama Madrasah Al-Khairat dalam meningkatkan kualiti rutin harian mereka.

2

3

 

 

 
Attachment(s):
 
 
Demo