Events Calendar
Lundu, 19 Januari 2023: Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Sustainabiliti Tenaga, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaysia Sarawak telah menjalankan projek komuniti di perpustakaan mini Kampung Meriyu yang terletak di Kota Samarahan. Projek ini merupakan projek ketiga SULAM Kejuruteraan Kimia yang diselia oleh Pusat Kelestarian Universiti, Universiti Malaysia Sarawak. Tujuan projek ini dijalankan adalah untuk membantu komuniti dalam melengkapkan kemudahan dan prasarana kampung bagi meningkatkan minat penduduk untuk membaca buku-buku terpakai yang telah disumbang oleh perpustakaan UNIMAS. Kampung ini dipilih berdasarkan latarbelakang sosio-ekonomi komuniti tersebut yang antaranya terdiri daripada golongan B40.
Projek ini dijalankan dibawah kursus KNC1041 Amalan Bengkel yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar Tahun 2 Kejuruteraan Kimia seramai 33 orang pelajar. Projek ini diketui oleh Penyelaras Kursus Amalan Bengkel, Mohamed Afizal Mohamed Amin dan dibantu oleh pensyarah kursus Harunal Rejan Ramji danMohd Farid Atan beserta staf-staf teknikal yang terdiri daripada Mohd Hafiz Mafadi, Kamri Mohamed, Mohammad Amirul Nizam Amit dan Mohamad Tajudin Unus.
Antara produk yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar Tahun 2 adalah rak-rak buku beroda yang diperbuat daripada kayu dengan saiz yang berbeza mengikut kehendak komuniti. Semua produk-produk ini dihasilkan dalam masa dua bulan dan penyerahan produk-produk ini telah diserahkan secara rasmi kepada Ketua Kampung Meriyu, Tuan Raya bin Pawi oleh ahli-ahli projek yang terlibat. Pihak jabatan dan juga universiti berharap agar produk-produk ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga kampung untuk meletak buku dan seterusnya meningkatkan amalan membaca dikalangan penduduk setempat.
Penyampaian sijil penghargaan kepada Ketua Kampung Meriyu, Tuan Raya Pawi daripada Ketua Projek SULAM, Mohamed Afizal Mohamed Amin.