Events Calendar

Download as iCal file
PROJEK SULAM FSGK UNIMAS BANTU MEMPROMOSIKAN KAMPUNG MERIYU
Saturday 07 January 2023, 08:00am - 05:00pm
Hits : 3562
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PROJEK SULAM FSGK UNIMAS BANTU MEMPROMOSIKAN KAMPUNG MERIYU

oleh Yow Chong Lee, Aliffazraie Jali

FSGK1

Pelajar Program Teknologi Seni Reka, Program Seni Halus, Program Sinema dari Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK), UNIMAS bersama komuniti Kampung Meriyu, Lundu

7 JANUARI 2023 - Setelah empat bulan menjalinkan hubungan kerjasama antara Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak (FSGK, UNIMAS) dengan komuniti Kampung Meriyu, Lundu, projek SULAM FSGK akhirnya membuahkan hasil yang memberangsangkan.

Projek komuniti-universiti yang diterajui oleh Pusat Kelestarian Universiti (USC, UNIMAS) merupakan antara usaha UNIMAS untuk menyahut inisiatif mengadakan khidmat komuniti yang melibatkan pelajar berinteraksi dengan komuniti bagi menyelesaikan permasalahan setempat.  Projek khidmat komuniti ini juga dikenali dengan akronimnya, SULAM (Service Learning Malaysia).

Projek ini melibatkan 3 program pengajian iaitu Program Teknologi Seni Reka, Program Seni Halus dan Program Sinematografi dan ia melibatkan seramai 120 pelajar dan 7 pensyarah.

Sejak September 2022, para mahasiswa dan komuniti kampung telah berjumpa beberapa kali untuk membincangkan hasil-hasil seni yang mampu membawakan manfaat bersama antara Kampung Meriyu dan mahasiswa yang sedang menjalani pengajian tahun akhir mereka di FSGK UNIMAS.

Hasil dari kerjasama projek SULAM ini ialah karya seni berbentuk penghasilan arca, rekaan logo baharu kampung dan rekaan bahan promosi untuk produk-produk makanan seperti madu kelulut, kuih-muih. Pelajar turut menghasilkan bahan promosi aktiviti memancing di kampung Meriyu. Selain itu, 6 dokumentari telah dihasilkan untuk projek ini. Hasil projek ini diharapkan dapat meningkatkan visibiliti Kampung Meriyu dengan harapan ia dapat membantu komuniti dalam menjana pendapatan mereka.

Sebagai tanda penghargaan projek kerjasama antara komuniti Kampung Meriyu dan FSGK, UNIMAS, sesi pemasangan arca yang berbentuk buah pedada sebagai tanda mercu kampung telah diadakan di samping proses pembentangan projek hasil para mahasiswa atas bimbingan pensyarah dan staf FSGK, UNIMAS.

Majlis Penyerahan Projek yang diterajui oleh pemegang taruh yang terlibat memperlihatkan pelbagai hasil pelajar yang diusahakan bersama para penduduk dan pensyarah telah diserahkan kepada pihak Kampung Meriyu. Selain itu, projek USR ‘Gotong Royong bersama Kampung Meriyu’ juga turut diadakan pada hari yang sama. Para mahasiswa dan penduduk turut melakukan gotong-royong dan aktiviti mengecat jeti untuk menceriakan halaman kampung yang pernah dinobatkan kampung terbersih di Lundu sebelum ini. Projek USR ini turut disertai oleh wakil dari PeTARY (Perpustakaan), UNIMAS.

FSGK2

Aktiviti mengecat jeti yang merupakan sebahagian dari Projek USR FSGK bersama komuniti Kampung Meriyu.

FSGK3fsgk4

Proses memasang dan menyiapkan arca buah pedada yang menjadi mercu tanda Kampung Meriyu hasil pelajar Program Seni Halus, FSGK UNIMAS.

Menurut penyelaras projek SULAM FSGK, Cik Noorhaslina Senin, “usaha seperti ini dilihat sebagai peluang untuk melahirkan pelajar yang peka terhadap keperluan komuniti setempat dan dapat memberi manfaat kepada pihak yang terlibat”. Ia turut disokong oleh wakil pelajar, Chin Mei Yi yang mengatakan bahawa “Saya dan rakan amat bebesar hati kerana dapat membantu pihak kampung untuk memajukan usaha eko-pelancongan mereka.”

 

 
Attachment(s):
 
 
Demo