Events Calendar

Download as iCal file
Projek “Urban Composting” Galak Penghasilan Baja Organik Bersama Komuniti Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) Desa Ilmu
Saturday 16 July 2022, 08:00am
To Saturday 27 August 2022
Hits : 202
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Julai-Ogos 2022, Kota Samarahan: Penghasilan kompos atau baja organik dari pembuangan sisa makanan mampu mengurangkan lambakan sampah harian dan seterusnya menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.

Justeru, baru-baru ini sekumpulan warga UNIMAS mengambil initiasif menganjurkan projek Urban Composting bersama 10 keluarga dari yang mempunyai anak yang berdaftar dengan Pusat Aktivit Kanak-Kanak (PAKK) Desa Ilmu, Kota Samarahan untuk memberi kesedaran mengenai proses kitar semula di samping memberi ilmu pengetahuan penghasilan baja organik daripada sisa makanan. Selain itu, projek ini juga menerapkan nilai 3R Reduce, Reuse and Repurpose sebagai salah satu langkah menjaga kelestarian alam sekitar.

Ketua projek, Prof Madya Dr Mahani Abdu Shakur berkata matlamat projek ialah untuk mengubah mentaliti masyarakat mengenai keburukan membuang sisa makanan begitu sahaja tanpa inisiatif untuk penggunaan semula dengan pendekatan berbeza. Pendekatan penghasilan kompos yang diterapkan menepati ciri-ciri: mudah, murah dan tidak berbau. Ianya sesuai dengan suasana kehidupan kebanyakan peserta yang tinggal di kawasan perumahan dan tidak mempunyai kawasan yang luas untuk menghasilkan kompos.

“Kumpulan kami mensasarkan kumpulan keluarga untuk projek Urban Composting kerana ia dilihat sebagai satu usaha memupuk minat generasi muda untuk belajar menjaga kelestarian alam sekitar di samping menghasilkan baja kompos daripada sisa makanan,” ujarnya.
Dr Mahani berkata, aktiviti sebegini boleh merapatkan lagi hubungan antara ahli keluarga dalam melahirkan keluarga bahagia serta menyumbang kepada kesihatan mental.

Dua sesi demonstrasi bersemuka telah diadakan bagi memberi penerangan kepada peserta untuk memahami kaedah penghasilan baja kompos dan juga baja kompos bokashi daripada sisa makanan. Selain itu, peserta juga dideahkan dengan praktikal pembuatan bran bokashi menggunakan sekam padi untuk menghasilkan kompos Bokashi.

Hanya berbekalkan bekas terpakai yang diguna semula untuk menyimpan kompos, peserta program diajar untuk menghasilkan baja kompos dengan cara yang mudah. Peserta turut digalakkan merekodkan proses penghasilan baja masing-masing di media sosial dan media elektronik, Padlet sebagai platform perkongsian ilmu dan pengalaman antara mereka.

Pada penghujung projek, penghasilan baja dan pengkongsian pengalaman peserta akan dinilai dan masing-masing menerima hadiah sebagai insentif untuk meneruskan usaha menghasilkan baja kompos di rumah masing-masing.

Dalam majlis penutupan program, Pengerusi Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Kota Samarahan, Adillah Ismail berkata, usaha sebegini perlu dimulakan oleh setiap keluarga biar pun dalam skala yang kecil kerana penghasilan baja kompos dapat mengurangkan sisa makanan dan menghasilkan baja organik yang bebas daripada penggunaan bahan kimia. “Dengan membuat kompos sendiri ternyata ia dapat mengurangkan masalah pembuangan sampah selain dapat menjimatkan kos membeli baja kimia,” tambahnya lagi.

Projek Urban Composting merupakan aktiviti pemindahan ilmu bersama komuniti yang dibiayai oleh Dana Lestari, Pusat Kelestarian Universiti, UNIMAS. Projek ini memfokus kepada pencapaian UN-Sustainable Goal Development (Matlamat Pembanginan Mampan) SDG12- Penggunaan dan Pengeluaran yang Bertanggungjawab.

Taklimat Urban Composting

Taklimat Urban Composting

A04 Para peserta teruja dengan contoh Kompos Bokashi

Para peserta teruja dengan contoh Kompos Bokashi

A02 Johan pertandingan My Composting Journey Diary Keluarga Puan Zalina

Johan pertandingan ‘My Composting Journey Diary’ Keluarga Puan Zalina

A03 Para peserta yang mengambil bahagian bersama ahli kumpulan dari UNIMAS

Para peserta yang mengambil bahagian bersama ahli projek Urban Composting UNIMAS

A06 Hasil tanaman peserta menggunakan cecair Bokashi

Hasil tanaman peserta menggunakan cecair Bokashi

 

A01 CETAKAN LAYAR REFLEKSI PESERTA URBAN COMPOSTING

Antara refleksi peserta di laman Padlet tentang ‘My Composting Journey Diary’ 

 
Attachment(s):
 
 
Demo