Events Calendar

Download as iCal file
PROGRAM SULAM UNIMAS-FSKPM “DIGITAL HERITAGE”
Monday 14 February 2022, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1021
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
PHOTO_SULAM FSKPM2022.jpg

Kota Samarahan, Februari 2022 - Program Service Learning Malaysia - University for Society (SULAM) telah dilaksanakan oleh kumpulan pelajar Tahun Tiga Program Sains Kognitif, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Sumber Manusia (FSKPM), UNIMAS selama 14 minggu yang bertemakan “Digital Heritage

Inisiatif dan usaha pelajar ini adalah bertujuan untuk memperkasa komuniti serta memupuk kelestarian nilai warisan yang sedia ada dalam komuniti yang terpilih dalam program ini. Sebanyak 12 kumpulan pelajar FSKPM dan 12 komuniti tempatan terpilih kebanyakannya dari  Sarawak, Sabah dan Johor telah terlibat dalam program SULAM kali ini. Secara keseluruhannya, seramai lebih 400 orang dari 12 komuniti ini dijangka menerima manfaat daripada program ini. Antara komuniti tempatan yang terlibat adalah PPDK Petra Jaya, Sri Buana Bermukun Samarahan, Kampung Telok Melano Sematan, Kelab Kuntau Sinding Ujan Panas 48 dan Raleigh Sabah Society.

Program yang bertemakan “Digital Heritage” ini telah berjaya mengumpulkan dan memelihara nilai-nilai warisan komuniti setempat secara digital yang boleh diwariskan oleh generasi awal atau sedia ada kepada generasi yang akan datang supaya warisan tersebut dapat dilestarikan selama mana yang boleh. Para pelajar berganding bahu bersama komuniti tempatan telah membangunkan satu laman web yang mana merupakan platform untuk memelihara warisan yang ada secara digital. Antara nilai-nilai warisan yang dipelihara secara digital ini adalah adat bermukun tradisional orang melayu sarawak, Seni pertahanan diri Kuntau orang Iban Sarawak, Seni kraf tangan komuniti Lundu Sarawak dan Kampung Telok Melano.

Selari dengan objektif SULAM iaitu mengadakan khidmat komuniti yang melibatkan pelajar berinteraksi dengan komuniti bagi menyelesaikan permasalahan setempat dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang mereka pelajari di bilik kuliah, para pelajar telah berjaya menyempurnakan program SULAM ini dengan jayanya walaupun cabaran pandemik melanda negara ketika itu.

Program libat sama pihak komuniti ini bukan sahaja dapat berkongsi ilmu dan kemahiran dari pelajar FSKPM malah dapat menengahkan fungsi penting UNIMAS dalam mengaplikasikan hasil penyelidikan para penyelidik UNIMAS bagi menyelesaikan masalah sebenar komuniti setempat. Program ini juga diharap dapat memberi sumbangan yang bermanfaat kepada komuniti di samping mengukuhkan lagi hubungan baik antara universiti dan komuniti sekitarnya.

 
Attachment(s):
 
 
Demo