Events Calendar

Download as iCal file
PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT
Thursday 22 April 2021
Hits : 1821
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
jombaca_poster.jpg

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Tun Abdul Rahman Ya’kub (PeTARY), akan mengadakan Program Jom Membaca Bersama 10 Minit.

Sehubungan itu, pihak PeTARY berbesar hati menjemput YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari untuk menyertai program ini sepertimana ketetapan berikut:

 

Tarikh : 22 April 2021 (Khamis)

Waktu : 11.00 pagi – 11.10 pagi (10 minit)

Tempat : Di ruangan pejabat/kediaman masing-masing

 

Untuk makluman program ini diadakan setiap tahun pada 22 April sempena sambutan Hari Buku Dan Hak Cipta Sedunia bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan, ayuh warga UNIMAS, walau di mana sahaja anda berada, berhenti sejenak dari melakukan apa jua aktiviti dan sama-sama membaca.

 

Sila kongsikan gambar anda membaca ke laman sosial anda dengan hashtag #malaysiamembaca #UNIMASmembaca #read@uni #PeTARY

 

Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Prof./Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian, terima kasih.

 
Attachment(s):
 
 
Demo