Events Calendar

Download as iCal file
Artikel sempena "Kempen Hentikan Keganasan Terhadap Wanita": Hasil Karya Puan Samsiah Jayos dalam Suara Sarawak
Monday 09 November 2020, 08:00am - 05:00pm
Hits : 2692
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
stories1.JPG

JOM Kempen ‘Hentikan keganasan terhadap wanita’ yang dilancarkan pada 1 November hingga 31 Disember ini. Sempena Hari Antarabangsa Untuk Penghapusan Keganasan Terhadap Wanita pada 25 November ini, Wanita Ikram Malaysia mengajak anda mengumpul minimum 6,000 profi l gambar di Facebook dan Instagram dalam masa 60 hari melalui template yang diberikan. Kempen ini sebagai pembuka bicara penulis dalam artikel kali ini. Penulis terpanggil berkongsi dengan masyarakat berkaitan isu ini. Penulis juga mempunyai pengalaman sebagai kaunselor berhubung isu keganasan terhadap golongan ini.Perasaan geram berbaur benci serta marah terhadap si pelaku.

Bentuk Penganiayaan Kepada Golongan Ini
Perbuatan penganiayaan yang terjadi adalah bentuk keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan dalam pelbagai cara sama ada fizikal ataupun mental.Sebenarnya isu keganasan terhadap golongan ini meliputi semua bangsa, agama, pekerjaan,kelas dan budaya.Keganasan terhadap wanita diertikan sebagai apa-apa tindakan keganasan yang berdasarkan gender mengakibatkan kecedaraan fizikal, seks atau psikologi atau mengakibatkan penderitaan kepada wanita.Tindakan ini juga meliputi ugutan untuk melakukan perkara tersebut, paksaan atau perbuatan menyekat kebebasan, sama ada dalam kehidupan peribadi ataupun awam.

Mengapa Wanita Jadi Mangsa?
Kaum wanita lebih terdedah kepada keganasan berbanding lelaki walaupun mereka juga menjadi mangsa kepada keganasan wanita tetapi nisbahnya terlalu kecil dan kesan tindakan tersebut terhadap mereka adalah sedikit.Faktor jantina memainkan peranan kerana lelaki disifatkan sebagai seorang yang gagah,tidak mudah terpengaruh dengan emosi, pantang dicabar, suka sesuatu yang ganas dan berkeinginan untuk selalu berada pada tahap yang tinggi.Manakala wanita disifatkan subordinasi kepada lelaki, tidak suka kepada keganasan, lebih beremosi dan mudah mengalah. Gambaran ini sedikit banyak mempengaruhi tindakan keganasan oleh lelaki terhadap wanita.

Kesan Keganasan wanita
Salah satu kesan yang dikenalpasti ialah wanita mengalami Topophobia. Topophobia dinilai mempunyai kaitan dengan perasaan halus wanita.Kesan ini dibina daripada perspektif yang mempunyai kekuatan prejudis. Prejudis kaum wanita dicerminkan melalui tabiat pergerakan mereka di dalam ruang.Wanita lebih cenderung untuk menyekat tingkah laku mereka(dalam aspek keruangan) kerana perasaan takut. Secara tidak langsung, kumpulan wanita menghasilkan dominasi ruang oleh lelaki dan seterusnya mewujudkan penguasaan berbentuk heteroseksual. Heteroseksual cenderung tertarik dari segi seks kepada orang yang berlainan jantina dengannya. Ketakutan wanita sinonim dengan lokasi jenayah melibatkan serangan ganas dan gangguan seksual. Kebimbangan ini dapat diburukkan lagi dengan ciri persekitaran yang terpencil,ciri persekitaran yang terpencil,sunyi dan kegelapan pada waktu malam terutama berjalan di lokasi kerap berlakunya jenayah.

Langkah Membanteras Keganasan Terhadap Wanita
Membanteras keganasan terhadap wanita bukan tugas yang mudah. Masalah itu tidak hanya terletak pada bahu kerajaan sahaja tetapi semua pihak harus turut sama melibatkan diri dalam menangani masalah ini. Malah, pendekatan secara holistik wajar diambil oleh semua pihak termasuk pihak kerajaan, NGO, swasta dan anggota masyarakat di samping usahasama daripada kaum lelaki untuk mengatasi masalah ini. Ikram sendiri, selaku NGO yang berdaftar di Malaysia, tidak ketinggalan membantu golongan ini.Pendekatan yang diambil juga harus merupakan pendekatan yang holistik, meliputi aspek pencegahan, intervensi dan pemulihan.Usaha bersepadu perlu diambil bagi meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya wanita terhadap tanggungjawab dalam menangani isu keganasan terhadap wanita.

Tidak Harus Dipandang Remeh
Masalah jenayah terhadap wanita di Malaysia tidak harus dipandang remeh lebih-lebih lagi wanita merupakan sumber kelestarian dan pembangunan negara.Hal ini kerana kes jenayah terhadap wanita memberi kesan yang buruk terhadap mangsa terutama dari segi mental dan fizikal. Mereka juga berhak untuk maju dalam membentuk kelestarian dalam diri dengan adanya penambahbaikan, berdaya saing serta berupaya membangunkan diri.Peranan semua pihak sangat penting dalam membantu menangani masalah jenayah terhadap wanita yang semakin serius dinegara ini. Maka semua lapisan masyarakat bertanggungjawab untuk menangani masalah jenayah dan keganasan terhadap wanita daripada berterusan berlaku.

 
Attachment(s):
 
 
Demo