Events Calendar

Download as iCal file
Inisiatif berterusan untuk jadikan UNIMAS sebagai jenama Global
Thursday 18 February 2021, 01:00pm - 05:00pm
Hits : 178
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Amanat21a.JPG

Amanat21bAmanat21c

KOTA SAMARAHAN, 18 Februari 2021: Bertemakan UNIMAS as a Global Brand, majlis Amanat Naib Canselor 2021 anjuran Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah dijalankan secara hibrid atau kombinasi fizikal dan maya (virtual) pada hari ini.

Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi menerusi ucapan amanatnya menekankan lima fokus strategik pada Pelan Strategik 2021-2025 antaranya, (1) graduan tersedia di masa hadapan (future-ready graduates), (2) kecemerlangan penyelidikan (research excellent), (3) kecemerlangan bakat (talent excellence), (4) kesohoran global (global prominence) dan (5) kelestarian kewangan (financial sustainbility).

Kelima-lima fokus strategik itu merangkumi penyediaan graduan pada masa hadapan yang berkualiti dan berkemahiran, memperhebatkan pembudayaan penyelidikan Universiti melalui peningkatan jumlah penyelidik utama dengan mendapatkan geran industri, nasional, dan antarabangsa serta penerbitan dan citation, membangun dan mengekalkan bakat yang berkualiti, mengukuhkan ketampakan dan daya saing Universiti di peringkat global menerusi inisiatif-inisiatif yang menghubungkan dan mengintegrasikan komuniti global dan meningkatkan kecekapan dalam pengendalian sumber Universiti selain memanfaatkan infrastruktur sedia ada untuk menjana pendapatan serta memperbanyakkan program waqf dan endowmen.

Dalam pada itu, Naib Canselor turut menjelaskan terdapat lima pertimbangan strategik yang telah dikenal pasti bagi meningkatkan impak sosial dan ekonomi komunikasi global UNIMAS iaitu (i) peranan UNIMAS dalam memupuk transformasi komuniti, (ii) sumbangan UNIMAS kearah pencapaian matlamat Pembangunan Mampan (atau SDG) 2030, (iii) kebolehpasaran graduan dan revolusi industri 4.0, (iv) pemerkasaan keupayaan penyelidikan melalui kerjasama strategik yang lestari diperingkat nasional dan global, serta (vi) pengiktirafan dan pencapaian kualiti kelayakan antarabangsa.

“Untuk terus bersaing dalam pasaran pendidikan tinggi yang kian mencabar, UNIMAS adalah satu jenama yang memerlukan pengurusan reputasi yang baik (reputation management), komunikasi, libat sama pemegang taruh serta pembangunan jenama berterusan.

“UNIMAS perlu proaktif dalam mengisahkan dan berkongsi cerita kejayaan atau telling our success stories, menyampaikan keunikan, kekuatan dan menyerlahkan kebolehan dan pencapaian dalam meningkatkan visibiliti dan kesedaran (awareness) di mata dunia. Tuntasnya, kita tidak boleh lagi berasa selesa sebagai jaguh di gelanggang sendiri semata-mata,” sambungnya lagi.

Naib Canselor turut mengumumkan UNIMAS akan bekerjasama dengan Kerajaan negeri dan beberapa agensi kerajaan lain dalam penubuhan Sarawak Infectious Disease Center iaitu pusat penyelidikan penyakit berjangkit bernilai RM190 juta dengan tumpuan kepada penghasilan ubat serta kaedah rawatan baru yang boleh digunakan untuk mengawal dan mengurangkan penyakit berjangkit.

“ Ini membuktikan kepercayaan yang tinggi diberikan kerajaan negeri kepada para penyelidik UNIMAS dan dalam kerjasama ini, UNIMAS diberi tanggungjawab untuk melatih dan membimbing para penyelidik di pusat ini nanti,” katanya lagi.

Dalam amanat sama, Naib Canselor memberi jaminan UNIMAS akan memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran secara berterusan dalam usaha melahirkan graduan yang berkualiti meskipun berhadapan dengan cabaran pandemik COVID-19.

Beliau menjelaskan, semester 2 (2019/2020) sahaja menyaksikan lebih 3,790 sesi pengajaran dan 6,300 aktiviti pembelajaran dalam talian telah dilaksanakan dengan lancar dan mendapat respons dan penyertaan yang sangat baik daripada pelajar.

Sambungnya, UNIMAS dengan kerjasama semua pihak turut mengenal pasti dan memberi bantuan khas kepada pelajar-pelajar yang menghadapi masalah akses Internet dan kelengkapan komputer khususnya dari kumpulan yang berkeperluan serta menyediakani sokongan kaunseling dan kesihatan mental kepada para pelajar agar pembelajaran mereka tidak terjejas.

Antara inisiatif lain yang dirancang ialah pengwujudan ruang UNIMAS ELEVATE (Enhanced Learning Environment for Virtual and Augmented Teaching) yang akan menyediakan kelengkapan dan sokongan khas untuk tujuan pengajaran dalam talian serta menaiktaraf dan memantapkan infrastruktur dan kemudahan ICT dengan penambahan 714 unit Access Point, naiktaraf storan dan kemudahan persidangan video.

“ Matlamat untuk melahirkan graduan yang berdaya tahan (resilient) dan mampu bersaing dalam era Revolusi Industri 4.0 kekal menjadi keutamaan universiti. Inisiatif untuk meningkatkan mutu penyampaian pengajaran harus diberikan keutamaan” katanya.

Naib Canselor juga mengimbau pencapaian UNIMAS selama ini antaranya pemasangan sistem penapisan air ultra (ultra filtration) bagi tujuan pembekalan air bersih di SMK Ulu Balingian oleh Fakulti Kejuruteraan UNIMAS, pemilihan sebagai sebuah kampus rintis di antara 200 buah universiti di dunia yang akan menyertai inisiatif “The Little Book of Green Nudges” anjuran United Nation Environment Programme (UNEP), inisiatif Low Carbon Campus melalui penggunaan eBike dan pewujudan trek basikal, kempen Say No to Single-Use Plastics, pemasangan panel solar di Student Pavilion dan CUBE, pemasangan water catchment tank di Student Pavilion dan penggunaan energy-savings light secara berfasa dan sebagainya.

Di penghujung majlis amanat tersebut, Naib Canselor telah melancarkan sambutan Jubli Perak Fakulti Ekonomi dan Perniagaan UNIMAS, serta pelancaran UNIMAS Research & Innovation Coffee Table Book bertajuk UNIMAS Research Excellence - The Colourful Journey of Research & Innovation.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie.

 
Attachment(s):
 
 
Demo